...Undilah Barisan Nasional. Galas Untuk BN...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Hakikat jelas mereka tidak lagi diterima di sini. Ianya jelas dapat dilihat sekitar kawasan Bandar Lama yang menyaksikan lebih ramai petugas - petugas BN yang menjalankan kerja mereka. Malah Semut perhatikan poster calon mereka pun tidak kelihatan.
Laporan hari ini juga menyatakan bahawa sokongan positif diterima dari kalangan rakyat Galas. Laporan tersebut disiarkan dalam MySinChew.com yang menyatakan sokongan golongan muda terutamanya semakin berpihak kepada BN.
Mereka memetik kenyataan Datuk Saifuddin, Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Timbalan Menteri Pelajaran Tinggi. Beliau menyatakan telah berjumpa dengan pengundi yang membuat undi protes sebelum ini kecewa dengan PAS akan kembali kepada UMNO.
Pengundi muda kata Saifuddin lebih menyukai Abdul Aziz kerana latar belakang serta penglibatan beliau dengan golongan belia setempat. Abdul Aziz yang juga merupakan bekas Pengerusi Belia 4B sebelum ini memang sudah sedia dikenali dikalangan golongan belia tanpa mengenal bangsa.
Demikian satu lagi profail menarik mengenai calon BN di DUN Galas. Ternyata beliau mempunyai reputasi yang agak tinggi dan dikenali orang ramai. Tidak mengira lelaki atau perempuan, tua atau muda, malah semua kaum. Calon sebegini layak dijadikan sebagai contoh dan menjadi defacto dalam pemilihan pengundi setempat.
Yang baik itu kita puji, yang buruk itu kita tegur. Agar ia menjadi pedoman buat mereka yang benar- benar bertaqwa kepada Allah S.W.T. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Pengundi galas berilah undi kepada BN, tak hodoh mana pun calon BN ni. Islam gak, tak makan babi gak,kiblat sama gak dgn kita. Dr Zul pun sama tapi parti Dr Zul ni penyokong dan pendokong parti kafir harbi DAP, musuh Islam nombor wahid di Malaysia.
BalasPadam