...Kekalkan BN Di Batu Sapi...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Putar belit Malaysiakini yang mahu mendedahkan calon BN, Linda Tsen tidak fasih berbahasa Malaysiakini dapat dihidu oleh Semut. Walaupun beliau berjanji akan memperbaikinya, ia tetap menjadi bahan serangan bagi dua lagi calon yang turut bertanding.
Bagi Semut perkara itu tidak wajar dijadikan sebagai bahan serangan oleh puak - puak PKR mahupun SAPP. Ini kerana kebanyakkan dari mereka sendiri pun tidak menggunakan bahasa Kebangsaan itu dengan fasih. Malah ada yang gagal untuk bertutur lansung dalam bahasa Malaysia itu.
Lihat sahaja dalam keputusan bancian yang dijalankan beberapa bulan yang lepas. Jelas, kekecewaan dari beberapa orang petugas yang menghadapi kesulitan terutama dikawasan penduduk Shiin. Mereka lansung tidak tahu bertutur dalam bahasa Malaysia dan juga tidak memahami apa yang orang lain sebut.
Dikawasan Semut sendiri pun bukan setakat dua tiga orang sahaja yang begitu. Hampir sekampung yang lansung tidak tahu bertutur dalam bahasa Kebangsaan. Jadi nak hairan apa jika ada orang yang tidak berapa fasih bercakap bahasa Malaysia.
Tahan gagah calon BN, Linda Tsen ada berjanji akan memperkasakan penguasaan bahasa Kebangsaan ini. Ada jugak inisiatif beliau. Yang lain bagaimana? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Lim Kit Siang tu fasih sangat ke bertutur dalam bahasa kebangsaan?
BalasPadam