Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Menjelang Pilihanraya Kecil DUN Galas 26 Oktober ini, macam - macam spekulasi yang kita dengar. Dan yang paling menarik, kegelisahan PAS terutamanya apabila Tengku Razaliegh dengan senang hati menerima pelantikan sebagai Pengarah PRK Dun Galas nanti. Mana tidaknya. Mereka sebenarnya bergantung harap kepada Ku Li untuk menjaja isu Royalti Minyak, tetapi awal - awal lagi Ku Li dah kata isu itu tidak wajar dimainkan pada ketika ini. Ianya disebabkan Kerajaan Negeri Kelantan sudah pun memfailkan saman dan membuat tuntutan ke mahkamah.
Tambahan pula, isu itu tidak ada kena mengena dengan kerajaan Barisan Nasional. Kerajaan Negeri Kelantan hanya menyaman Petroliam Sdn Bhd sahaja. Untuk menjadikan isu royalti minyak sebagai isu utama tidak munasabaha.
Sebaliknya, Kerajaan PAS Kelantan pula perlu menyelesaikan isu tanah 'Ladang Rakyat' di Hulu Kelantan seperti laporan Sinar Harian hari ini. Tanah tersebut dikatakan telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri untuk diusahakan oleh pihak swasta. Yang bertambah hairan, tanah tersebut turut dikatakan sudah mengeluarkan hasil getah dan sawitnya. Kenapa baru sekarang nak diambil?
Malah turut menjadi persoalan ialah pembahagian tanah tersebut. Ada yang mendapat geran manakala ada juga yang tidak. Walaupun penduduk setempat sudah lama bercucuk tanam diatas tanah tersebut untuk mecari rezeki tiba - tiba diambil untuk diusahakan oleh swasta?
Nama pun Ladang Rakyat. Kenapa tidak diberikan kepada rakyat untuk diusahakan? Jika mahu swasta yang mengusahakannya, bagi la nama Ladang Swasta. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.