...Keperibadiannya Sahaja Boleh Buat PAS Gentar...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Jelas, PAS kini sudah semakin gelabah dan tidak terkeruan sudah. Hanya disebabkan Pengarah PRK Dun Galas, Tengku Razaliegh menerima tugas dan tanggungjawab dengan hati yang terbuka serta ikhlas demi perjuangan Parti.
Nampak gayanya, PAS sudah seperti cacing kepanasan sejak Ku Li menerima jawatan tersebut. Pelbagai spekulasi yang dibuat untuk menjejaskan kredibiliti serta hubungan antara UMNO dan Ku Li. Jika sebelum ini, mereka menyelar UMNO kerana menghina Ku Li jika menjadikan beliau sebagai calon bagi PRK Dun Galas. Kononnya ianya bukan taraf Ku Li untuk jadi ADUN. Tetapi mereka ditempelak oleh Ku Li sendiri apabila menyatakan bahawa beliau pernah menjadi Ahli Parlimen dan ADUN Galas suatu ketika dahulu.
Sudah tidak ada modal agaknya puak - puak PAS Kelantan hari ini. Mereka masih cuba melaga - lagakan UMNO dan Ku Li dengan menyatakan UMNO cuba berselindung disebalik populariti Veteran UMNO itu. Satu cubaan yang juga sia - sia dilakukan oleh mereka. Mana tidaknya. Umum tahu Ku Li tetap bersemangat dan ikhlas menerima tawaran tersebut. Beliau boleh sahaja menolaknya jika beliau beranggapan sedemikian.
Tidak dapat dinafikan lagi. PAS sudah 'kecut perut' apabila Ku Li sedia memikul tanggungjawab dalam Pilihanraya Kecil itu nanti. Belum tiba masa bertanding lagi. Kenapa? Itu persoalannya. Kenapa mereka begitu gentar apabila mahu berhadapan dengan salah seorang tokoh Veteran UMNO itu? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Jelas, kredibiliti seseorang pemimpin itu juga memainkan peranan yang penting dalam sesebuah organisasi.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.