...Undilah Barisan Nasional...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Tak sangka pulak Semut, ada juga dikalangan pengundi Cina yang turut mempertikaikan kredibiliti calon dalam Pilihanraya Kecil Galas. Mereka mendakwa Calon PAS, Dr. Zulkefli Mohamad tidak mencerminkan diri beliau yang sebenar. Jauh sekali mencerminkan parti yang bertunjangkan Islam.
Semuanya gara - gara keangkuhan Pemimpin PAS yang mempertikaikan taraf pendidikan Calon BN dan membezakannya. Mereka melihat Pemimpin PAS merendah - rendahkan peribadi seseorang itu hanya semata - mata kerana tidak memiliki pendidikan yang tinggi. Bahkan bagi Calon PAS itu sendiri, beliau yang memiliki ilmu yang tinggi turut tidak menghormati orang lain.
Menurut seorang warganegara yang berbangsa Cina ketika ditemui berkata, adalah wajar bagi seorang yang berilmu bersikap rendah diri dan menghormati orang lain. Bukan bermegah dengan apa yang mereka ada dan memandang rendah kepada orang lain. Tambah beliau lagi, sebagai seorang doktor yag pernah berkhidmat dengan Kerajaan, Dr. Zul dilihat sebagai seorang yang tidak mengenangkan budi. Umpama kacang lupakan kulit.
Demikian pandangan yang dapat Semut kutip ketika kempen Pilihanraya Kecil Dun Galas rancak berlansung. Jelas, orang bukan Islam lebih mengerti dan memahami pengertian serta jiwa mahmudah. Sayangnya, seorang muslim yang memperjuangkan agama tidak pula sebegitu.
Malulah jika seorang yang bukan Islam memberi pandangan sedemikian kepada orang Islam. Bak kata orang tempat Semut, 'Sempa' muka sekejap. Mana dia cermin muslimin yang digembar - gemburkan oleh PAS? Atau adakah ia hanya retorik semata - mata? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.