Rabu, Oktober 27, 2010

...Galas Untuk BN...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Ilmu pengetahuan dan pendidikan formal sepatutnya tidak menjadi kayu pengukur utama dalam memilih calon wakil rakyat. Tetapi sebanyak mana khidmat masyarakat dan bakti yang dicurahkan sepatutnya menjadi ukuran.

Sudah semestinya, rakyat perlu memilih wakil yang boleh bekerja dengan mereka bagi memastikan kehidupan mereka terbela dan dijamin. Jika sekadar bijak dalam pendidikan formal tetapi tidak pandai dalam hubungan sesama manusia apa gunanya?

Kelebihan bergaul dengan masyarakat selama 30 tahun yang dimiliki oleh calon Barisan Nasional menjadikan kredibiliti dan kelebihan buat Abdul Aziz. Kelebihan ini boleh dijadikan modal untuk beliau mendekati rakyat.

Beliau yang juga anak jati Gua Musang percaya mampu memahami kehendak masyarakat setempat dan tahu cara terbaik untuk membantu mereka dalam soal pembangunan. Beliau telah berkhidmat dengan KESEDAR sejak tahun 1980 sehingga dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil kali ini.

Oleh yang demikian, rakyat seharusnya memilih calon yang benar - benar layak dan dapat membantu mereka dalam menjalankan kehidupan seharian. Mereka wajar memilih seorang wakil yang pernah merasai susah senang menjadi warga di Galas kerana sekurang - kurangnya beliau faham cara hidup mereka. Pilihan ditangan rakyat Galas. Semoga ianya dapat digunakan sebaik mungkin. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping