Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Mungkin adalah amat sukar untuk mereka terima. Tetapi hakikat ini jelas terbukti apabila Salahudin Ayub mencadangkan agar Kerajaan menubuhkan satu badan khas bagi menyelaraskan penyelesaian isu - isu yang timbul berkaitan dengan Agama Islam.
Beliau berkata demikian sewaktu mengemukan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat semalam. Dakwaan beliau wujudnya pelbagai kontroversi yang memerlukan satu bentuk penyelarasan dan tindakan yang lebih proaktif.
Sebelum ini, dalam membentangkan Usul Agama Perhimpunan Agung UMNO, wakil Ulama Muda UMNO terlebih dahulu mencadangkan agar Kerajaan menubuhkan satu Majlis Ulama yang dapat menyelesaikan isu - isu berkaitan Agama Islam. Majlis ini bukan untuk mempertikaikan Majlis Fatwa tetapi untuk memberi penjelasan yang lebih mendalam mengenai Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis tersebut.
Semut melihat perkembangan ini sebagai satu perkara yang menarik perhatian kerana dengan adanya Majlis Ulama seperti yang dicadangkan oleh wakil Ulama Muda UMNO itu sebagai langkah penerangan yang lebih proaktif. Ianya hampir serupa dengan cadangan yang dikemukakan oleh Salahudin Ayub semalam. Secara tidak lansung, Salahudin Ayub turut menyokong cadangan wakil Ulama Muda UMNO itu.
Jadi, jika sudah ada titik persamaan seperti ini, mengapa PAS masih menolak dan enggan mewujudkan Perpaduan Ummah sesama agam Islam hingga ke hari ini? Inilah satu contoh dimana UMNO dan PAS boleh berusaha meningkatkan institusi dakwah Islamiah kepada rakyat secara keseluruhannya. Untuk apa kita bertelagah sedangkan jalan penyelesaian yang lebih baik adalah merapatkan Ukhwah? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Salahudin bukan sokong tapi tiru idea UMNO.
BalasPadamDin dah lembut sket kot sekarang.
BalasPadamMaklumlah...dah kecoh kes Din Puduraya.
Hahaha...
Baguih la kalau bawak kesan baik.
alah..si din puduraya ni nak cari insurans kot
BalasPadam