Isnin, Mac 11, 2019

Tak pasti sama ada Facebook atau ada Pendedak Pakatan Hancing tu yang 'Panas Bontot' apabila ada perkongsian berita yang ditulis melalui laman blog ini. Takut pada bayang - bayang sendiri ke? Itu yang menjadi persoalannya.


Semenjak beberapa minggu lepas, sebaik sahaja selepas Rejim Pakatan Hancing tu memerintah, pelbagai halangan cuba dilakukan oleh pihak pemerintah agar rakyat dapat menyuarakan pandangan mereka secara terbuka.


Jelas tindakan itu menyongsang dari apa yang pernah dialunkan oleh puak Pakatan Haprak itu sebelum ini. Mereka kononnya memperjuangkan Hak Kebebasan Manusia. Tapi kenapa perkongsian berita dari laman blog cuba dihalang?


Apakah Facebook hari ini cuba menghalang masyarakat dunia, khususnya di Malaysia dari menyuarakan pandangan mereka terhadap situasi semasa yang berlaku mengikut perspektif individual? Dimana salahnya bagi individu untuk menyuarakan pendapat mereka?


Tidak menjadi masalah bagi mana - mana pihak yang tahu menghormati hak mereka yang sedia ada termaktub didalam Perlembagaan Negara. Malah Malaysia masih lagi meraikan kepelbagaian pandangan dan pendapat dari anggota masyarakatnya.


ATAU, adakah Rejim Pakatan Hancing itu hari ini sudah mula takut apabila rakyat menyuarakan pendapat dan pandangan terhadap kepimpinan Negara secara terbuka? Sesungguhnya, perkara sedemikian tidak pernah berlaku sewaktu Kerajaan Barisan Nasional memerintah.


Jika ia benar, maka sudah terbukti bahawa Rejim Pakatan Hancing itu hari ini masih lagi hidup dalam sindrom penafian yang Kronik!!!
#MaluApaBossKu vs #GilaApaBossKau

Baru ni, aku ada dengar ucapan Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR sewaktu merasmikan Bilik Gerakan parti itu di DUN Semenyih mendakwa Orang Melayu Semenyih tidak seperti Melayu di Cameron Highland.

Maka timbul sedikit persoalan mengenai kenyataan Azmin itu, Adakah dia menganggap orang Melayu di Cameron Highland bodoh hanya semata - mata kerana mereka mengundi calon Barisan Nasional ketika PRK yang lalu?

Adakah Azmin juga terlupa bahawa Orang Melayu di 56 Parlimen lain juga masih lagi mengundi Barisan Nasional sewaktu Pilihan Raya Umum tempoh hari? Itu tidak termasuk Melayu yang undi Ahli Parlimen PAS. Adakah mereka semuanya bodoh belaka?

Sebagai ahli Politik, Azmin mungkin terlupa atau sengaja buat - buat lupa bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang calon itu dipilih sebagai wakil rakyat. Mereka bukan dipilih hanya semata - mata kerana parti yang diwakili sahaja.

1. Faktor Calon - rakyat memilih wakil mereka berdasarkan kepada kredibiliti calon itu secara langsung. Dalam kes PRK Cameron Highland, Ahli Parlimen yang mewakili BN itu dari kalangan orang Asli Islam yang berpendidikan tinggi serta merupakan anak tempatan. 
Maknanya, bukan Melayu sahaja yang memilih wakil mereka di Cameron Highland tu. Sebaliknya, masyarakat Orang Asli sendiri mahu diwakili oleh kaum mereka. Maka, adakah Orang Asli itu pun dianggap bodoh?
2. Faktor Kerjasama PAS dan UMNO - buat pertama kalinya dalam sejarah Politik di Malaysia, sebuah parti yang selama hari ini berseteru diantara satu sama lain bergabung bagi menentang pemerintah Rejim Pakatan yang secara jelas dikuasi oleh DAPigs.
Adakah Azmin terlupa bahawa kedudukan dia sewaktu berjaya merampas kerusi Menteri Besar Selangor dari Khalid Ibrahim dahulu pun adalah disebabkan sokongan dari PAS? Adakah Azmin juga anggap penyokong dan ahli PAS ini semuanya bodoh?
3. Faktor Kegagalan Rejim Pakatan - ini faktor paling ketara yang menyebabkan Orang Melayu di Cameron Highland menolak calon DAPigs yang mewakili Rejim Pakatan Hancing tu sebagai Ahli Parlimen mereka. Kegagalan Rejim Pakatan ini tak perlu dinafikan.
Realitinya, Perdana Menteri Rejim Pakatan itu sendiri sering mengakui secara sinis atau pun secara terbuka mengenai kekecewaannya terhadap kepimpinan Rejim Pakatan itu. Adakah Azmin cuba nak menutup kegagalan dirinya sendiri?

Ini baru 3. Banyak lagi faktor lain yang menyebabkan rakyat di Cameron Highland dan kemungkinan di Semenyih serta seluruh menolak calon yang mewakili Rejim Pakatan itu walaupun mereka sudah menguasai pemerintahan di Putrajaya.

Pokok pangkalnya, rakyat di Cameron Highland memilih wakil rakyat bukan hanya berdasarkan kepada faktor kehadiran BOSSKU semata - mata. Tetapi hakikatnya, rakyat dah muak dengan permainan Politik Rejim Pakatan yang GAGAL menjaga kebajikan mereka!!!

Khamis, Februari 14, 2019

Fuh! Lama betul rasanya tak bukak blog ni. Bukan sebab kecewa akibat kekalahan yang menyebabkan Kerajaan Barisan Nasional pada 9 Mei yang lalu. Tapi admin banyak meluangkan masa dengan aplikasi Instagram.

Setakat ni masih belum berhenti lagi berehat dari mengemas-kini perkembangan Politik semasa. Cumanya, kaedah yang dilakukan hari ini agak berbeza sedikit. Takde dah nak tulis artikel panjang - panjang.

Tapi, itu tidak bermakna blog Semut Hitam ni akan ditutp terus. Tunggu masa yang sesuai je untuk admin kembali menulis mengenai isu - isu semasa. Nak pulak yang berkaitan dengan isu Politik semasa.

Jadi, bagi pengikut - pengikut blog Semut Hitam ni, boleh terus bersama menanti kemunculan semula dalam masa terdekat. Dalam masa yang sama, boleh follow Semut menerusi laman Instgram.

https://www.instagram.com/semuthitam80/

Rabu, Jun 27, 2018


Pengerusi dan juga Perdana Menteri Pakatan Haprak tu tak boleh letak jawatan atas alasan apa sekali pun. Kalau dia tak sehaluan dengan parti lain dalam Pakatan pun, dia mesti kekal sebagai PM.



Perkara itu perlu bagi memastikan Tun Mahathir memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang sedang berlaku pada ketika ini. Jangan jadikan alasan kononnya tiada kerjasama sebagai jalan keluar.


Banyak kerosakkan yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir selama 40 hari lebih dia memerintah. Pelbagai isu telah dibangkitkan dan satu pun masih GAGAL diperbaiki oleh Rejim Pakatan sehingga ke hari ini.


Usah cerita pasal Janji Manifesto 100 hari yang masih GAGAL ditunaikan itu. Tapi isu lain yang ada kaitan secara menyeluruh wajar diberikan perhatian oleh Tun Mahathir sebelum dia berundur.


Yang pertama, Tun Mahathir perlu memperbaiki semula perpecahan dikalangan masyarakat di Malaysia pada ketika ini. Disebabkan seruan Tun Mahathir, rakyat Malaysia berbalah sesama sendiri.


Kedua, Tun Mahathir perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kegawatan ekonomi yang sedang melanda Negara pada ketika ini akibat ketidak-cekapan Menteri DAPigs yang dilantik oleh Tun.


Ketiga, Tun perlu memastikan pasaran saham semakin meningkat kerana pemerintahan dia yang menyebabkan saham di Malaysia semakin merundum. Ramai pelabur asing dah cabut lari meninggalkan Malaysia.


Dan Keempat, dikala keadaan kewangan Negara sekarang didakwa berada pada tahap kritikal dengan jumlah Hutang Negara adalah sebanyak RM 1 Trillion, takkan semudah itu Tun Mahathir nak angkat kaki?


Tambahan pula, ramai dikalangan anak muda memilih Pakatan Haprak tu dalam Pilihan Raya Umum sebelum ini bukan kerana mereka percaya kepada kemampuan gabungan tersebut.


Sebaliknya, mereka memilih Pakatan kerana Tun Mahathir. Maka, jangan dijadikan isu kerjasama sebagai alasan Longkang untuk dia suka - suka hati je nak melacurkan mandat yang telah diberikan. Makin hancing Macai Rejim Pakatan Haprak tu dibuatnya nanti!!!

Selasa, Jun 26, 2018

Itu diantara perkara yang menjadi persoalan dikalangan rakyat pada ketika ini. Kenapa syarikat yang sarat dengan kontroversi dan didakwa menjadi punca kejatuhan Kerajaan BN itu masih beroperasi?


Padahal sebelum ini, Rejim Pakatan Haprak menjadikan syarikat kewangan strategik itu sebagai sumber bahan fitnah nombor satu mereka untuk menjahanamkan kredibiliti Kerajaan BN.


Pelbagai bahan fitnah dikaitkan dengan syarikat yang ada kaitan dengan Kementerian Kewangan Malaysia itu. Saban hari, rakyat dimomokkan dengan isu penyelewengan syarikat berkenaan.


Tapi sehingga ke hari ini, Kementerian Kewangan dibawah Rejim Pakatan Haprak masih tidak mengumumkan pembubaran syarikat tersebut. Malah mereka tidak menggantung operasi syarikat itu sendiri.


Soalnya, kenapa perkara itu tidak dilakukan? Kenapa syarikat yang menjadi bahan sumber fitnah dikalangan masyarakat itu masih dibiarkan beroperasi sehingga boleh melantik Pengerusi yang baru?


Jangan bagi alasan kononnya syarikat itu masih tidak dibubarkan kerana masih belum dapat bukti nak kaitkan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dengan skandal penyelewengan.


Sesungguhnya alasan itu hanya sekadar Retorik Politik Longkang Rejim Pakatan Haprak itu sahaja semata - mata. Sampai hari ini, bukti penyelewengan itu masih GAGAL diperolehi. Penyudahnya, Macai Pakatan Haprak tu juga yang handing kena kencing pemimpin atasan!!!

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping