Rabu, Oktober 13, 2010

...Siapa Talam Dua Muka???...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Melihat kerenah pembangkang ini , semakin hari semakin kelakar pulak. Cakap mereka semakin hari semakin tidak serupa bikin. Dua insiden yang berlaku sejak kebelakangan ini boleh kita jadikan renungan buat seketika.

Pertama, mereka mendesak dan menggesa beberapa kumpulan peneroka untuk menyaman Felda kerana ada penyelewengan dalam Kilang Perahan Sawit. Kononnya pihak Felda menipu dalam mengagihkan keuntungan hasil perahan buah sawit. Soal pokoknya mengenai isu itu siapa dapat menentukan jumlah hasil perahan sawit itu sebenarnya?

Bagi Semut, jika benar ada penyelewengan yang berlaku, kenapa tidak ada laporan SPRM yang dibuat? Tetapi sebaliknya pihak tertentu hanya mencadangkan kepada peneroka untuk terus menyaman Felda sahaja. Jelas ada pihak yang mendapat keuntungan dari tindakan saman secara terus itu tanpa membuat laporan SPRM. Yang jelas, peguam yang mewakili peneroka itu hanya mengambil kesempatan dalam isu ini untuk mengaut keuntungan semata - mata. Jika laporan SPRM dibuat, maka keuntungan yang bakal diperolehi oleh pihak tersebut juga lambat kerana perlu menunggu laporan disiasat.

Keduanya mengenai isu ahli PKR yang keluar dan membubarkan rantingnya di Lepar Utara baru - baru ini. Marah betul Pengerusi PKR Negeri Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman kepada Ketua UMNO Paya Besar yang menerima borang keahlian UMNO daripada ahli PKR itu. Siap dilabelkan Datuk Ahmad Tajuddin sebagai talam dua muka lagi.

Inilah bukti jelas pepatah melayu, paku dulang serpih, mengata orang dia yang lebih. Adakah Datuk Fauzi itu lupa bahawa beliau yang sebenarnya Bapak Talam Dua Muka di Pahang? Cuba tanya, siapa beliau dulu dan siapa beliau sekarang? Jawapannya seorang ahli politik yang Kecewa kerana tidak disenaraikan sebagai calon dalam PRU ke 12 yang lalu. Suka - suka dia je kata Datuk Ahmad Tajuddin kecewa, padahal dia lagi kecewa. Maklumlah dari Timbalan Menteri terus tidak disenaraikan lansung. Sebab kecewa, terus berpaling tadah dan merampas jawatan sebagai Pengerusi PKR Negeri.

Hai pemimpin PKR sekalian. Jangan ingat rakyat ni bodoh. Mereka juga yang kata rakyat negara ini sudah bijak menilai. Apa yang hakikat sebenarnya janganlah disembunyikan dan diputar belit semata - mata untuk menutup kelemahan diri sendiri. Yang malu nanti diri sendiri. Kalau nak samana, jangan dipertimbang - pertimbangkan lagi. Saman je terus. Tunggu buat apa? Mengabiskan masa sahaja. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping