...Jika Ada Yang Lebih Baik, Tunggu Apa Lagi???...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Semut bukan mahu menyindir sesiapa mahupun menyebelahi mana - mana pihak. Baik Malaysia mahupun Indonesia, kedua - duanya memiliki integriti tersendiri dalam pentadbiran. Oleh yang demikian adalah agak janggal sekiranya salah satu diantara keduanya mempercayai kata - kata seorang penipu kerana ia jelas menjejaskan integriti mereka.
Bagaimana mungkin salah satu diantara dua negara yang sudah sekian lama bersahabat dan menjalinkan hubungan persaudaraan boleh mempercayai individu yang telah disingkir dari menjadi Perdana Menteri dahulu? Sudah tentu logik akalnya ada sesuatu perkara yang tidak kena.
Fikirkan dengan akal yang tenang dan bukan disebabkan ideologi politik semata - mata. Adakah seorang penduduk mana - mana negara boleh mengutuk dan menghina negara kelahirannya dan dihebahkan kepada negara luar? Tambahan pula orang itu sudah dibuang dan tidak lagi dipercayai untuk menjadi pentadbir negara?
Masih berangan - angan lagi rupanya si Ketua Penipu ini mahu menjadi Perdana Menteri. Bukan sekadar rakyat Malaysia mahu ditipunya, malah turut membabitkan rakyat Indonesia. Menyedihkan! Sikap beliau tidak ubah seperti seorang pengemis dijalanan. Malah bagi Semut, pengemis di jalanan pun masih ada maruah dari si Ketua Penipu ini.
Apa sebabnya beliau ke Indonesia dengan kekerapan yang tinggi sejak akhir - akhir ini? Tentu ada agendanya yang tertentu selain memburuk - burukkan negara. Dan pandangan Semut kepada si Ketua Penipu itu: Jika Indonesia lebih baik Malaysia, Pindah sahaja la! Tunggu apa lagi. Buat semak Negara je. Sudah jelas Malaysia tidak memerlukan seorang Penipu seperti Anwar Ibrahim. Sudah dibuang dari menjadi pemimpin, sekurang - kurangnya jagalah maruah diri. Ini tidak. Maruah diri pun sanggup digadainya. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Kerap ke Indonesia tak boleh dikaitkan dengan memburuk2kan negara bro...
BalasPadamhttp://anwaribrahimblog.com/2010/10/13/kunjungan-ke-jakarta/
SB kan ramai, sialalah siasat DSAI buat apa kat sana? jgn lupa amek foto sekali
Betul tu Tuan Hamdan.
BalasPadamSoalnya siapa berani siasat?
Ramai sangat yang takut kepada bayang2 sendiri di dalam negara kita.
Lebih cepat kita nyahkan mereka lebih cepat kita aman.
Begitu juga pertalian kita dengan negara jiran. Dasar hari ini bukan saja menghina rakyat sendiri tapi juga jiran tetangga.