...To Be or Not To Be...That Is The Question...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Jika sebelum ini, pelbagai spekulasi telah kedengaran. Mula kata dia sokong A, kemudian dia kata sokong Z. Alih - alih kata tidak mahu 'bias' tetapi keluar kenyataan percaya si Z boleh bawa perubahan. Lepas tu nafikan semula. Entah sampai mana penghujungnya pun siapa yang tahu. Hanya si Anak Kecil ini juga yang menentukannya.
Tetapi hakikat yang jelas, si Anak Kecil ini belum layak untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PKR. Beliau hanya menerima satu pencalonan sahaja dalam proses pencalonan PKR yang lalu. Adakah kerana beliau tidak menawarkan diri atau memang hakikatnya beliau tidak popular dikalangan ahli?
Namun bagi menjelaskan dimana sokongan beliau, tidak perlu disangkalkan lagi. Cabang beliau sendiri terang - terangan telah mencalonkan si Z sebagai calon bagi Timbalan Presiden dan bukannya si A. Walaupun ada yang melaporkan mereka sebenarnya mengundi si A, tetapi akhir si Z juga yang menang. Maklumlah, Z for Zorro.
Jadi ke mana pula si Z akan berdiri selepas ini? Terus dengan agenda merebut jawatan sebagai Timbalan atau menjangkau lebih jauh dan bertanding bagi jawatan Presiden? Jika kekal bertanding sebagai Timbalan, peluangnya tipis kerana persaingannya ramai. Tetapi jika bertanding bagi jawatan Presiden, hanya ada dua orang sahaja yang perlu beliau tempoh. Masa berlalu, jangan biarkan orang tertunggu - tunggu. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Akhirnya Anuar akan menunjuk kan kuasanya. Konon nya demi perpaduan dan kekuatan parti, Z akan tarik diri, A akan menang percuma. Dan ada lagi yang di senaraikan dan akan menampakkan PKR aman damai. Akhir nya UMNO lah yang di tuduh memfitnah cerita yang bukan-bukan selama ini. Itulah Anuar.
BalasPadam