Khamis, Oktober 14, 2010


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Agak pelik dan janggal sedikit laporan yang dibuat mengenai isu ahli PKR Lepar Utara yang membubarkan Rantingnya baru - baru ini. Angka yang diberikan agak mengelirukan kerana Semut dapati sering berubah - ubah.

Dalam laporan Utusan Malaysia, angka yang dikatakan keluar adalah seramai 215 orang. Perkara tersebut dinyatakan dalam sidang media yang diadakan di Paya Besar baru - baru ini ketika sebilangan daripada mereka hadir menyerahkan borang keahlian UMNO di situ.


Kemudian Semut terbaca laporan dalam blog Aku Yang Gambi yang turut mempunyai link ke blog Kedah Lanie (gambar diatas) menyatakan angka keahlian bagi ranting itu tidak sampai 150 pun. Ianya mengikut laporan dari Pengerusi PKR Negeri Pahang sendiri:

"Sungguh melucukan, wakil kumpulan berkenaan iaitu Abdul Rahim Darus sebenarnya bukanlah ahli PKR.. tetapi ahli UMNO tegas di Lepar Utara. Malah keahlian PKR di ranting itu hanyalah sekitar 115 orang, maka bagaimana mereka melaporkan ada 215 orang keluar parti", katanya.

Tetapi dalam akhbar Sinar Harian Edisi Pahang (gambar dibawah) hari ini pula angka tersebut semakin berkurangan. Yang memberikan angka itu juga adalah Pengerusi PKR Negeri, Datuk Fauzi.
“...Bagaimana pula mereka boleh kata seramai 215 ahli PKR masuk UMNO sedangkan jumlah sebenar ahli yang ada di Felda itu ialah 103..."

Pesoalannya, yang mana satu yang betul ni? 215 ke, 115 ke atau 103 sahaja? Ke Datuk Fauzi sengaja mahu memutar belitkan fakta dan mengelirukan rakyat dengan kebenaran? Bukan sebab apa kerana beliau sendiri yang mengubah angka tersebut sebanyak dua kali. Kalau ye pun dah takde idea, janganlah rakyat nak ditipunya. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping