Khamis, Oktober 14, 2010


...Macam Mana Ni Tuan Ketua Penerangan???...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Tajuk posting itu Semut tujukan buat Ketua Penerangan PAS Pusat yang sebelum ini mendakwa Barisan Nasional tidak menunaikan janji. Idris Ahmad mengatakan Barisan Nasional tidak menunaikan janji yang dibuat di Manek Urai dan ianya akan menghantui kempen mereka di Galas nanti.

Tetapi sebaliknya, bekas calon BN di Manek Urai yang hanya kalah tipis menyangkal dakwaan tersebut. Tuan Aziz Tuan Mat menyatakan rasa kecewa beliau terhadap dakwaan tersebut kerana jelas pihak Barisan Nasional sudah pun melaksanakan janji - janji mereka termasuk pembinaan Jambatan di kampung Manek Urai Lama.

"...BN bukan sahaja telah melaksanakan segala janji di Manik Urai malah yang tidak dijanjikan sekalipun turut dilaksanakan demi faedah rakyat di situ,” katanya kepada pemberita di sini hari ini....

Jadi, apa lagi modal yang PAS nak gunakan di Pilihanraya Kecil Galas nanti ye? Dah semuanya tidak menjadi senjata utama buat mereka. Nak harapkan bantuan dari AMK Parti Keldaikan Rakyat (PKR) memberi bantuan? Buat sesak PAS boleh la.

Itu sebabnya pepatah Melayu ada menyebut: cakap siang pandang - pandang, cakap malam dengar - dengar. Kalau dah tersilap cakap nanti, siapa yang susah? Diri sendiri juga yang perlu menanggung malu. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Salam Ukhwah

    Maaf PAB berkata2 :

    Pemimpin PAS nie tak der kerja lain ker...2 negeri dah jatuh kt mereka. Ada exco di Selangor...Tapi asyik bercakap jer...buat kerjanya dok...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping