Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sejenak memikirkan mengenai kehidupan manusia sehari - harian mereka. Sifat cemburu ini biasanya ditafsirkan ke arah yang negatif oleh kebanyakkan pihak. Ramai yang mengecilkan skop cemburu ini maka mengakibatkan ianya sentiasa dipandang serong dalam masyarakat.
Kebanyakkan kita hanya menafsirkan cemburu ini seperti cemburu suami isteri. Hakikatnya, sifat cemburu ini amat luas maksud dan pemahamanny. Seperti cemburukan orang yang beramal soleh hingga timbul rasa ingin beribadah seperti mereka. Atau cemburukan orang yang berharta dan mampu memberi dan terus memberi kepada mereka yang memerlukannya.
Begitu juga cemburukan orang yang berilmu yang mampu beramal denganya dan menyebarkan ilmu yang dimiliki dengan orang lain. Ini adalah sebahagian sifat cemburu yang positif yang boleh kita ikuti.
Ada orang yang cemburukan kejayaan dan kebaikan yang dicapai oleh orang lain serta mendapat manfaat daripadanya. Lalu mereka berusaha dengan lebih gigih untuk turut serta memiliki kebaikan yang diperolehi oleh teman mereka itu.
Inilah yang dinamakan sikap berlumba - lumba mengamalkan kebaikan seperti yang dituntut dalam syariat Islam. Ianya juga dikenali dengan sifat Fastabiqul Khairat. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Maka berlumba - lumbalah kamu dalam melakukan kebaikan." Surah Al Ma'idah 5:48.
Malah Allah menyukai jika manusia itu berasa cemburu terhadap sesuatu yang sepatutnya dicemburui mereka. Sabda Rasulullah S.A.W, Mafhumnya:
"Antara cemburu itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci Allah. Adapun cemburu yang disukai Allah itu adalah cemburu yang berisi keraguan, sedangkan cemburu yang dibenci Allah adalah cemburu yang tidak ada rasa ragu - ragu lagi." Riwayat Abu Daud.
Maka marilah kita bersama - sama menyemai sikap cemburu yang positif ini bagi membina siasah diri yang lebih baik. Bukan sebaliknya agar kita menjadi umat yang lebih Cemerlang. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Sumber dari Majalah Solusi, Isu No. 24.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.