...Undilah Barisan Nasional...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Oleh kerana rundingan yang dibuat sebelum ini tidak menjadi, maka Pilihanraya Kecil di Parlimen Batu Sapi (P185) menyaksikan pertembungan 3 penjuru. Parti yang terlibat dalam pilihanraya kecil tersebut adalah diantara SAPP, PKR dan BN.
Dengan keengganan SAPP memberi laluan kepada PKR untuk bertanding kali ini, Presiden Parti Keldaikan Rakyat itu menyelar SAPP semalam. Wan Azizah menyifatkan tindakan SAPP itu sebagai memburukkan lagi keadaan dan menyukarkan gerak kerja mereka. SAPP dianggap 'spoiler' dalam PRK tersebut.
Kak Wan secara tidak lansung menyatakan bahawa kehadiran SAPP hanya sebagai penyibuk dan menggesa rakyat agar memilih PKR. Kononnya dakwaan beliau PKR adalah pembangkang sebenar.
Wah, ada jugak pembangkang sebenar dan tak sebenar ye? Bukan ke SAPP dah lama bertapak di Sabah manakala PKR baru sahaja menubuhkan Cabang - Cabang mereka disana? Jadi siapa yang sebenarnya penyibuk ni? SAPP penyibuk ke atau PKR yang menyibuk di tempat orang?
Kalau sebelum ini, mereka berjanji kononnya tidak akan berkempen menentang antara satu sama lain dan hanya menumpukan serangan kepada Barisan Nasional. Ini apa kes? Dah mula mungkir janji nampaknya. Jelas rakyat tidak wajar memilih PKR kerana awal - awal lagi mereka dah mungkiri janji. Bagaimana jika mereka menang nanti? Bolehkah mereka nak menunaikan janji? Jangan harap lah. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.