Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Berakhir sudah Perhimpunan Agung UMNO bagi tahun ini. Tirainya dilabuhkan dengan ucapan penggulungan yang membawa seribu erti, bergantung kepada persepsi masing - masing. Jika difikirkan baik, maka baiklah jadinya. Begitu juga sebaliknya.
Antara lain isi kandungan yang disampaikan oleh Presiden UMNO itu beliau akan merombak kepimpinan diperingkat tertentu tidak lama lagi. Ianya berikutan desakan dan bagi memenuhi hasrat perwakilan yang mahukan Pengerusi Badan Pehubungan Negeri yang bukan dibawah pemerintahan Barisan Nasional diterajui pemimpin tempatan.
Tindakan ini juga katanya adalah untuk memantapkan UMNO dan Barisan Nasional demi menghadapi pilihanraya yang akan datang.
Beliau juga turut mengumumkan akan bersama - sama turun ke padang dan melawat negeri - negeri UMNO bersama - sama Timbalan Perdanan Menteri. Hasrat beliau adalah untuk melihat sendiri keadaan di negeri - negeri tersebut.
Selain itu, Presiden UMNO Malaysia itu juga mengajak para perwakilan dan ahli - ahli UMNO khususnya agar menjadi lebih IT Savvy. Mendekatkan diri dengan laman sosial seperti Facebook, Twitter, Blog dan sebagainya. Beliau menyeru agar UMNO turut menjadi juara dalam alam siber ini.
Datuk Seri Najib juga sekali lagi menyatakan bahawa UMNO tidak akan sekali - kali lupa memperjuangkan Melayu dan memberi peringatan kepada sesiapa juga yang berani mencabarnya. Beliau tidak lupa untuk menenteramkan jiwa orang - orang bukan Melayu dengan menegaskan hak - hak mereka juga tidak akan diabaikan.
Jelas perkara ini mampu dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional kerana sudah sekian lama keadaan itu tidak pernah disentuh dan dipertikaikan oleh bangsa lain. Hakikatnya, pertualang negara yang tidak tahu rasa bersyukur itulah yang selalu menjolok sarang tebuan.
Semut juga berharap agar amanat yang diberikan oleh Presiden UMNO Malaysia ini dapat diaplikasikan oleh pemimpin - pemimpin UMNO yang lain. Jangan hanya masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Belajarlah apa ertinya inklusif dan keluarlah dari kepompong sedia ada. Barulah UMNO boleh berubah. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.