Ahad, Oktober 24, 2010


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Dalam beberapa blog sudah mula disiarkan nama calon bagi Pilihanraya Kecil yang bakal diadakan minggu hadapan. Satu Pilihanraya Kecil DUN Galas dan satu lagi Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi.

Bagi DUN Galas, calon yang diumumkan ialah Abdul Aziz Yusoff yang juga merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang. Pengumuman itu telah dibuat oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin di Gua Musang. Turut hadir bersama ialah Tengku Razaliegh Hamzah, Pengarah PRK DUN Galas dan Datuk Seri Mustafa Mohamed, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi bahawa Ku Li sendiri bakal dicalonkan sebagai ADUN Galas yang dibuat oleh sesetengah pihak sebelum ini. Abdul Aziz akan berhadapan dengan Calon dari PAS, Dr. Zulkifli Mohammad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Gua Musang dan seorang lagi calon bebas dari AKIM yang sebelum ini turut menyatakan akan bertanding.

Dalam perkembangan yang sama, Calon bagi Parlimen Batu Sapi turut diumumkan hari ini. Isteri kepada mendiang Ahli Parlimen Batu Sapi telah dinamakan sebagai calon BN iaitu Datin Linda Tsen Thau Lin. Beliau juga merupakan Timbalan Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS). Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi Barisan Nasional Sabah merangkap Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman di Sandakan hari ini.

Semut mengucapkan tahniah kepada kedua - dua calon dan berharap agar kedua - dua mereka memperolehi kejayaan dalam Pilihanraya itu nanti. Harapan yang tinggi juga diletakkan diatas bahu mereka ini untuk mengembalikan kredibiliti Barisan Nasional sebagai wadah perjuangan rakyat. Buktikan bahawa Barisan Nasional masih relevan dan mampu memikul tanggungjawab serta amanah rakyat di Negara ini. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping