Selasa, Oktober 12, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


Hairan dan pelik. Semut tengok sidang Parlimen ni sangat - sangat pelik. Eccentric dan mempunyai karakter tersendiri. Jika waktu kecil dahulu, dibayangkan Parlimen ini sebagai sebuah tempat dimana dasar digubal dan kerajaan dibentuk. Ia kelihatan seperti sebuah kawasan sacred ground. Tempat dimana ilmuan berkumpul dan membentuk arah tuju sesebuah negara.

Tetapi dewasa ini, sejak pembangkang semakin ramai menduduki kerusi di Parlimen, kredebilitinya sebagai sebuah tempat ilmuan kian tercalar. Ianya akibat perkara - perkara yang agak kurang bijak dilakukan oleh mereka.

Pertamanya, memberikan kenyataan yang kurang tepat dan fakta yang tidak betul. Jika difikirkan, ianya tidak masuk akal lansung kerana mereka dikelilingi orang yang berpengetahuan luas. Tidak logik sekiranya mereka hanya merujuk kepada beberapa perkara yang negatif sahaja untuk dijadikan sebagai rujukan.

Keduanya, pembangkang hanya menggunakan fakta negatif sahaja untuk membangkitkan sesuatu isu. Mereka tidak melihat lansung pencapaian positif lainnya. Sebagai contoh, kredibiliti Polis dalam menangani isu kes orang hilang dan sebagainya. Kenapa mereka tidak melihat kepada kecekapan pihak Polis menangani isu Kes Sosilawati baru - baru ini?

Ketiga dan yang terbaru, Semut lihat dalam berita tengahari tadi mereka menuduh kerajaan tidak cekap mendapatkan pelabur luar menjadi punca kelembapan ekonomi Negara. Namun perkara tersebut ditempelak semula oleh Timbalan Menteri MITI, Mukhriz Mahathir dengan menyatakan bahawa pembangkanglah sebab utama pelabur enggan melabur didalam negara.

Seperti kata Sir Richard Branson. Anwar Ibrahim dan Kes Liwatnya menjadi punca kelembapan ekonomi Negara dan turut menyebabkan pelabur asing enggan melabur didalam negara. Taktik beliau selaku Ketua Pembangkang di Parlimen melambat - lambatkan kes tersebut menjadi diantara punca utama ekonomi negara lembap. Mungkin itulah sebab sebenar beliau melambat - lambatkan kes tersebut.

Jadi janganlah cuba menunding jari ke arah orang lain. Kerana yang akan malu nanti diri sendiri juga. Mana ada pembangkang lain dalam mana - mana negara dunia ini memburuk - burukkan kerajaan mereka kecuali di Malaysia. Lihat sahaja kekerapan si Ketua Penipu itu kelaur negara dan memburuk-burukkan negara. Jadikan itu sebagai rujukkan sebelum mahu menyalahkan orang lain. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping