...Perjuangan Belum Selesai???...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Hujung minggu lalu berlansungnya Persidangan Agung Tahunan Pemuda MCA. Ucaptama Ketua Pemudanya turut disiarkan secara lansung dikaca televisyen. Jelas kelihatan turut hadir dalam Persidangan tersebut adalah saudara Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ketua Pemuda Barisan Nasional Malaysia.
Tinggi melangit ucapan tahniah Ketua Pemuda MCA kepada KJ kerana menjadi pendokong beliau tatkala diserang oleh Pengerusi PERKASA, Ibrahim Ali di Parlimen dulu. Tahniah juga buat si Ketua Pemuda UMNO kerana berjaya mempertahankan isu Rasisme dari terus berleluasa. Itu diantara ucaptama yang dikeluarkan oleh Wee Ka Siong hujung minggu lalu.
Baguslah tu. Kehadiran Ketua Pemuda UMNO itu boleh kita sifatkan sebagai memegang amanah semangat 1Malaysia. Cuma persoalan Semut, Pemuda UMNO bila nak bergerak? Macam dah setengah mati je nampak gayanya sekarang ni. Takde program - program terbaru yang dilaksanakan. Dah tak bermaya je. Apa sudah jadi?
Cukupkah sekadar Ketua Pemuda UMNO diangkat tinggi melangit dalam dewan Persidangan MCA sahaja? Bila pula nak buat program dan menentukan hala tuju bangsa Melayu pula saudara KJ? Takkan setakat Jelajah One Malaysia (JOM) hari tu je kot? Tak nampak lagi Bas JOM dimana - mana. Ke masih dalam garaj rumah KJ lagi?
Turun - turun la ke bawah ni. Jenguk - jenguklah orang - orang di Bahagian. Janganlah pergi mana yang menyokong awak sahaja saudara. Pemuda UMNO ni satu entiti. Bukan satu individu semata - mata. Bagi nasihat sikit kat Ketua - Ketua Pemuda Bahagian lain tu. Jangan lupa yang menaikkan mereka adalah ahli dibahagian. Jangan bila ada Ketua Bahagian je baru nak tunjuk muka. Kalau asyik memetingkan diri sendiri sahaja, sampai bila UMNO nak berubah? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.