...Bad: Tak Iktiraf!!! Ciput: Ala, Rilek La Brader...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Memang sepadan sangat dengan nama panggilan yang diberi oleh sesetengah pihak kepada Setiausaha Agung PKR ni. Mana tidaknya. Buat kerja pun lembab.
Beliau meminta semua pihak yang telah membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) termasuk Badrul Hisham Shaharin supaya tidak bertindak tergopoh - gapah.
Badrul Hisham atau lebih dikenali dengan nama Chegubard merupakan bekas calon Ketua AMK parti tersebut yang sebelum ini menyatakan beliau tidak memgiktiraf keputusan pemilihan.
Sehubungan dengan itu, Saifuddin Nasution meminta Badrul Hisham supaya bersabar menanti 'penemuan' ke atas aduan - aduan yang dibuat berkenaan pemilihan itu.
Beliau turut menjelaskan, pihak JPP masih menjalankan siasatan terhadap setiap aduan yang telah dikemukakan yang sehingga kini berjumlah hampir 300 aduan.
Alasan beliau kononnya mahu memberi ruang kepada Jawatankuasa itu menyiasat dengan teliti setiap aduan yang diterima.
Penemuan apa yang dimaksudkan si Ciputddin ni? Kalau dah tahu tidak ada sebarang penemuan, buat apa buat pengumuman? Sepatutnya, pengumuman itu perlu ditangguh terlebih dahulu sehingga semua aduan dapat diselesaikan.
Katakanlah ada aduan yang menyatakan si Polan didapati menipu dalam pemilihan. Adakah si Polan itu akan gugur dari jawatan tersebut? Nampak sangat retoriknya mereka buat keputusan.
Satu isu yang tidak perlu sebarang 'penemuan' atau siasatan tidak pula beliau endahkan. Mengenai isu pemalsuan tandatangan bekas Setiausaha Agung PKR sebelum ini. Kenapa masih senyap dan tidak diberi penjelasan?
Sudahlah buat kerja lembab macam ciput. Masih sempat lagi dia nak menipu rakyat. Bagaimana pemimpin sebegini layak mendapat kehormatan dari rakyat? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.