Khamis, Ogos 14, 2014

Wah!!! Nampak gayanya, kemelut kepimpinan yang melanda puak - puak Pakatan Haramjadah tu di Selangor semakin bertambah rumit.

Jika sebelum ini, Si Khalid Ibrahim tu kata majoriti ADUN di Selangor semuanya masih lagi menyokong dia untuk terus kekal sebagai Menteri Besar.

Biarpun dia telah dipecat dari PKR, namun sokongan yang diberikan oleh majoriti ADUN dikalangan puak - puak Pakatan tu masih lagi berpihak kepada dia.

Tapi lain pulak yang terjadi hari ini apabila Si Wan Azizah tu umum kata dia jugak dapat sokongan majoriti dikalangan pemimpin -pemimpin Pakatan Haramjadah tu.

Katanya, seramai 30 orang pemimpin Pakatan menyokong supaya Si Khalid Ibrahim tu digugurkan dan diganti dengan Si Wan Azizah tu sebagai Menteri Besar.

Sebelum ini, Si Wan Azizah tu hanya mendapat sokongan dari kalangan PKR dan DAPigs. Maknanya, dia hanya ada 13 campur 15. Baru ada 28 orang.

Manakala dipihak Khalid ada seramai 12 campur 15 campur 1. Ada la lebih kurang 28 orang juga. Tapi disebabkan dalam PAS ada dua ekor pembelot, maka kurang la jumlahnya.

Lewat tengahari tadi, dua orang ADUN dari PAS menyatakan sokongan mereka terhadap Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Apa yang nyata, dua orang ADUN PAS ni secara terang - terangan menolak pendirian parti dan mengengkari ketetapan yang dibuat sebelum ini. Nafsu mengatasi segalanya.

Dek kerana nafsu nak kekal berkuasa tu jugak la, dua orang ADUN PAS ni sanggup membelakangkan arahan parti sendiri dan bertindak terburu - buru.

Diorang bukan sahaja menolak pendirian parti. Sebaliknya mereka juga turut menolak tuntutan Islam sepertimana yang dinyatakan dalam hadith riwayat oleh Abu Bakrah:
"Tatkala ada berita sampai kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bahwa bangsa Persia mengangkat putri Kisro (gelar raja Persia dahulu) menjadi raja, baginda S.A.W lantas bersabda; 

"Suatu kaum itu tidak akan bahagia apabila mereka menyerahkan kepemimpinan mereka kepada wanita"
Nah!!! Itu membuktikan bahawa dua orang ADUN dari PAS ni bukan setakat melanggar cakap pemimpin. Tapi mereka juga turut engkar dengan tuntutan Islam. Maka PAS tunggu apa lagi. Pecat la diorang. Jangan setakat tau nak jadi Pak Angguk Saja je!!!
Categories: ,

10 ulasan:

  1. 'demi rakyat' sudah tukar kepada 'demi duit dan pangkat'.. anwar tahu kelemahan adun PAS hanya dgn duit dan pangkat! 2 lembu ini telah membuktikan..

    BalasPadam
  2. Saya seorang wanita. Semasa berkerjaya dahulu, saya pernah memegang jawatan ketua jabatan.

    Tetapi dalam kes penentuan MB Selangor, saya tidak boleh bersetuju dengan pemilihan Wan Azizah sebagai MB. Menteri Besar ialaj jawatan pentadbiran tertinggi di sesebuah negeri. Ia adalah jawatan Khalifah atau Imam.

    Dalam Islam, tidak boleh mengangkat seorang wanita untuk menjadi Khalifah SELAGI masih ada lelaki yang berkemampuan di negeri tersebut.

    Mustahil dalam ramai-ramai lelaki Islam dalam PR Selangor, tiada seorang pun yang berkemampuan untuk di tolak ke tengah menjadi Khalifah?

    Apakah lelaki Islam PR semuanya dah jadi dayus? ... bacul ??

    Apakah lelaki Islam PR atau para lelaki Islam anak jati Selangor (yang bukan ahli UMNO laa) semuanya dah kira berani nak mengadap Allah di Hari Akhirat yakni Hari Pembalasan nanti dengan mengakui bahawa mereka semua dah dayus kerana itu mereka sanggup terima seorang wanita menjadi Khalifah mereka ???

    Wanita memang boleh memimpin tetapi dalam Islam, kita TIDAK DIBENARKAN menjadi Khalifah selagi ada lelaki Islam yang mampu.

    Kalau semua lelaki Islam dah jadi kaki arak, penagih dadah, kaki judi dan sebagainya, YA..! waktu itu, kita boleh ke hadapan BUT UNTIL THEN, tugas kita ialah membantu.

    Jangan persoalkan kenapa Allah tetapkan perkara ini. Samik Na wa Atoqna.. (kami dengar dan kami patuh..), ini pegangan akidah kita yang beriman.

    Sepertimana Allah melarang kita daripada memegang tubuh anjing yang basah (bukannya kotor... ) tapi Allah kata itu najis berat, anggota badan kita yang tersentuh najis berat WAJIB disamak. Bukan susah nak samak tapi kerana hidup kita seharian sentiasa penuh dgn ibadah maka kita mngelak dari menyentuh najis berat.

    Kenapa Allah buat syarat2 seperti ini?

    Sebab nak uji ketaatan kita kepadaNya. Nak tengok siapa diantara orang Islam yang benar-benar patuh dan taat. Maklum saja lah, ganjaran yang menanti di akhirat nanti ialah Syurga! Bukan senang nak masuk syurga ooiii...!

    Nak masuk Universiti pun kena lalui pelbagai jenis peperiksaan. Ni kan pula syurga!

    Tengok la apa jadi kepada Pakistan dan Bangladesh yang memilih wanita sebagai Khalifah mereka. Kita nak Malaysia diberi bala' macam tu ke?

    Ingat! jangan nak tengok Negara bukan Islam seperti Jerman. Akhiran hidup mereka cuma setakat atas dunia aje, Sebab tu Allah beri segalanya kepada mereka atas dunia ni.

    Kita orang Islam, jalan hidup kita masih teramat panjang.

    Pilih lah jalan ke syurga!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus komen anda. Tapi bila anda diskriminasi anda....habis penulisan anda dalam bakul sampah.

      Padam
    2. Jurukomen wanita kt atas ni ngaku jd ketua jabatan kerajaan umno tp mrendahkn pmimpin umno. Ini la cth pegawai2 kerajaan yg belot...duri flm daging..klu kerajaan khalid dh lame kena pecat

      Padam
    3. Aduhai.....sabaq dik oii...!
      Ada ka saya kata saya pernah kerja dgn kerajaan kat atas tu ? :-)
      Saya cuma tulis ketua jabatan :)

      Anyway, saya tulis "yang bukan orang Umno" sebab di Selangor la ni rasanya parti yg dipilih oleh rakyat Selangor untuk mentadbir negeri ialah PR. Yg duk berebut nak jadi MB la ni pun ialah orang2 PR, bukan Umno kan?
      Ke...saya tersilap?

      Jangan marah ya dik..! Nanti hilang pahala puasa Ramadhan.

      Padam
  3. Bila dah ada rasa tamak haloba, syurga/ neraka belakang kira. Ini lah sifat orang Islam yang tak beriman. Ada juga dua munafiq yang tak mahu ikut arahan ketua pusat dan lompat sokongan ke parti lain, orang2 ini tak ada principle. Malunya tengok MELAYU ISLAM yang sebegini rupa. Macamana boleh di undi dan diangkat jadi DUN??? mengeleng kepala...... Ini dah tak jujur dan pecah amanah namanya.... orang undi dia atas parti Islam lepas tu sokong parti liberal, berdosa tu..... Nikmat hanya sekejap di dunia yang fana ini, akhirat esok merana sebab jadi pemimpin tidak jujur. Macamana nak minta maaf /ampun dari rakyat yang ramai di bawah jagaannya?

    BalasPadam
  4. Dua ADUN PAS ini dah tak percaya bahawa Parti PAS boleh bawa mereka ke shurga

    BalasPadam
  5. Dalam menentukan seorang pemimpin, Rasulullah telah menjadikan dirinya sebagai figur dan pelaku. Empat sikap yang menjadi sifat-sifat wajib baginya adalah amanah, fathanah, siddiq dan tabligh ternyata sangat erat kaitannya dengan tugasnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, yang mana tanpa keempat sifat tersebut dalam pribadi beliau maka mustahil kepemimpinan beliau dapat berjalan dengan baik dan mendapatkan pujian oleh masyarakat.

    Mencari pemimpin yang tepat berarti menemukan empat sifat Nabi ini dalam pribadi seorang pemimpin. Keempat sifat ini tentu saja tidak secara tiba-tiba ada dalam diri seseorang, sebagaimana halnya dengan Rasulullah yang telah melalui perjuangan dan pembinaan yang intensif baik secara jasmani maupun ruhani hingga menjadi pemimpin sejati.

    Sikap yang amanah menjadi syarat pertama yang harus dimiliki oleh pemimpin daerah dan bangsa ini, sebab amanah yang berarti kejujuran dan kesetiaan, dan transparansi menjadi kunci penting yang harus ditegakkan.

    Sikap amanah ini menjadi sangat penting sebab salah satu penyebab kemerosotan bangsa ini adalah pengelolaannya yang tidak didasarkan pada sikap amanah, kejujuran, transparansi dan keadilan. Rasulullah telah digelari sebagai orang yang al-amin sebelum beliau menjadi seorang Rasul, yang gelar itu bukan diproklamirkan oleh beliau, melainkan oleh seluruh masyarakat yang ada baik anggota sukunya maupun suku-suku yang lain.

    http://bit.ly/1AaHaHv

    BalasPadam
  6. SiWan Axizah tak malu betullah,boleh2 nak merebutkan jawatan MB dah Sultan tak perkenankan macam2 cara ygdia ni suami isteri dah buat mereka ni agenda yg tak baik agaknya.

    BalasPadam
  7. Dua beruk tu....tak yakin dgn janji Allah. Ini yg di laung laungkan PAS.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping