...Pemimpin Parti Ni Semua Bisu Ke???...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Adat orang meminang, kalau si perempuan ketika ditanya setuju atau tidak menerima pinangan tersebut diam, tandanya dia setuju.
Demikian juga dengan isu pemalsuan tandatangan bekas Setiausaha Agung PKR yang didakwa sendiri oleh bekas Setiausaha tersebut.
Tindakan berdiam diri pemimpin PKR berkenaan isu itu menimbulkan tanda tanya dikalangan masyarakat terutamanya ahli parti.
Perkara tersebut turut menjejaskan integriti dan ketelusan parti tersebut yang sering dicanang oleh para penyokongnya.
Menurut Bekas Setiausaha Agung PKR Selangor, Mohd Nazmi Rosli perkara tersebut tidak seharusnya berlaku kerana ia dianggap satu jenayah besar.
Jelas beliau lagi, sewaktu awal perkara berkaitan keahlian bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, P.S Jenapala dibangkitkan, ada suara dari kalangan pemimpin parti itu yang menyatakan Jenapala bukan lagi ahli PKR.
Persoalan mula timbul apabila Salehuddin membuat laporan polis mengatakan beliau tidak pernah menandatangani surat pemecatan itu.
Maka soalan yang perlu ditanya kepada mereka yang berkenaan, kenapa masih diam dan tidak bersuara?
Ke mana hilangnya suara Nurul Izzah yang kalau sebelum ini 'becok' berkata - kata? Dimana suara Azmin Ali yang lantang mempertahankan Anwar dalam dewan? Latheefa Koya ke mana?
Saifuddin Nasution sebagai Setiausaha yang memberi amaran kepada UMNO kemana? Presiden PKR takde suarakah? Sudah bisukah semuanya? Atau sengaja mahu membohongi rakyat?
Inilah perjuangan retorik mereka. Apabila timbul salah mereka yang terang dan nyata, mereka diam tidak berjawab.
Nampak sangat 'kecut' dan 'bacul'nya mereka kerana sengaja menyembunyikan kebenaran. Semut rasa adalah wajar bagi Datuk Salehuddin memfailkan saman terhadap PKR serta kepimpinannya kerana meniru dan memalsukan tandatangan beliau.
Biar cahaya kebenaran itu jelas terserlah dan terpampang dihadapan mata rakyat. Lambat nanti, macam - macam pula helah mereka. Maklumlah, putar alam. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.