Ahad, Disember 12, 2010

...Barisan 'Kepala' Penipu Rakyat...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sekali lagi, PAS bakal kecewa dalam membawa dan menyuburkan perjuangan Islam mereka dalam Pakatan Pembangkang.

Seperti yang dijangka, konvensyen Pakatan Pembangkang yang dijadualkan akan berlansung Ahad depan akan mengelak isu - isu sensitif yang mungkin meretakkan hubungan ketig - tiga parti komponen mereka.

Dan buat sekian kalinya, jelas membuktikan dengan adanya konvensyen tersebut Pakatan Pembangkang hanya meniru Barisan Nasional yang selesai dengan konvensyen mereka sebelum ini.

Bercakap kepada media, si Ketua Penipu bersama Pemimpin - pemimpin lain sepakat dalam menyatakan agenda utama adalah untuk 'membincangkan isu - isu yang sudah dipersetujui'.

Ditanya sama ada isu Negara Islam akan dibangkit atau pun tidak, Anwar cuba mengelak dengan menjelaskan hanya isu bersama sahaja akan diberikan fokus.

Malah menurut beliau, isu memartabatkan Islam adalah dalam kerangka Perlembagaan dan sebagai muslim, mereka kononnya akan bergerak bersama berhubung isu dan agenda yang ada konsensus.


Jelas disini bahawa mereka akan cuba sedaya upaya untuk tidak membincangkan hal yang berkaitan dengan perjuangan PAS.

Malah keterangan dan kenyataan diatas menjelaskan bahawa isu Negara Islam sememangnya tidak mendapat persetujuan dan tidak wujud persefahaman diantara mereka.

Jika benar isu memartabatkan Islam sudah termaktub dalam perlembagaan, kenapa beria - ia benar PAS memperjuangkannya? Kenapa PAS sendiri menolak Perlembagaan Negara jika ianya sudah ada dalam perlembagaan tersebut?

Nampak sangat retoriknya. Jelas kenyataan Anwar seolah - olah sengaja memakan dirinya sendiri dan membunuh perjuangan PAS secara keseluruhan. Tidakkah rakyat sedar akan perkara ini? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping