Rabu, Disember 29, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Naik muak pula Semut bila setiap kali tiba hari perlawanan bolasepak, ada sahaja benda yang dibuat oleh si Mahfuz Bean ini.

Hujung minggu lalu, ketika seluruh Negara menyaksikan perlawanan bolasepak yang disaksikan berjuta rakyat Malaysia seluruh Negara, beliau masih dalam dunia politik.

Malah keputusan perlawanan tersebut turut diulas oleh Ahli Parlimen Pokok Sena ini berbaurkan politik, walhal seluruh Negara telah berhenti seketika dari membicarakan bab tersebut.

Hari ini, beliau dilihat mengulangi perkara yang sama. Tetapi berlainan pula tajuknya.

Mahfuz dikatakan telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi syarikat berkaitan dengan Kerajaan Negeri (GLC) iaitu Kedah Sato Sdn. Bhd.

Perletakkan jawatan beliau itu berkuat kuasa serta merta dan surat berkenaan telah dihantar ke syarikat tersebut.

Namun sumber mengenai laporan tersebut tidak mengulas mengenai sebab kenapa Mahfuz meletakkan jawatan.

Berita yang tersebar semalam menyatakan bahawa tindakan itu disebabkan pemberian tender oleh syarikat berkenaan tidak mengikut peraturan katanya.

Tidak mengikut peraturan ke atau tidak mengikut kehendak Ahli Parlimen Pokok Sena itu sendiri? Spekulasi itu juga boleh juga diterima akal.

Mana tahu, peraturan yang dimaksudkan ialah peraturan yang ditetapkan sendiri oleh Mahfuz. Persoalannya, kenapa Mahfuz sendiri tidak menjelaskan mengenai perkara tersebut?

Sudah hilang suarakah si Mahfuz ini? Biasanya beliau juga yang beria - ia mengeluarkan kenyataan itu dan ini.

Tetapi dalam isu ini, beliau bertindak berdiam diri. Kenapa? Macam ada sesuatu yang tidak kena sahaja. Wallahualam.

Fikir- fikirkan lah.
Categories: ,

2 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping