Khamis, Disember 30, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sejak akhir - akhir ini, semakin jelas kepincangan yang berlaku dalam PAS sehingga mengakibatkan kepimpinan mereka bercanggah pendirian diantara satu sama lain.

Isu terbaru ialah mengenai Buku PAS Baru hasil tulisan ADUN Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf Rawa yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Perpaduan PAS.

Antara lain isi kandungan buku itu menyatakan cadangan Mujahid agar PAS mengubah konsep kepimpinan ulama dan harus berpijak dibumi yang nyata serta aspirasinya harus di'nasional'kan.

Namun, pendapat itu disanggah oleh Naib Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Yusuf Mahmud dengan menyatakan bahawa pandangan itu tidak seharusnya datang dari kalangan PAS sendiri.

Beliau menolak idea untuk menolak kepimpinan ulama kerana konsep tersebut telah dilaksanakan selama lebih daripada 20 tahun yang lalu.

Bagi beliau penerbitan buku tersebut adalah untuk mengelirukan rakyat mengenai perjuangan asas PAS secara keseluruhannya.

Tindakan Mujahid itu seolah - olah memberi gambaran bahawa sebagai pemimpin, beliau ingin menekan PAS demi memenuhi impian menawan Putrajaya.


Wah, sekarang sudah wujud dikalangan ahli PAs yang secara terang - terangan menjadi edrogan Anwar dan berhasrat mengubah dasar perjuangan parti tersebut.

Persoalannya, adakah pemimpin lain dalam PAS yang bersetuju dengan cadangan dan pandangan Mujahid itu?

Adakah mereka sanggup menggadaikan prinsip dan dasar perjuangan parti semata - mata untuk memenuhi impian si Ketua Penipu seperti yang dilakukan sebelum ini? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping