Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kalau sebelum ini, Semut siarkan keratan akhbar mengenai Presiden PAS yang menyatakan bahawa Pakatan Pembangkang tidak pernah berbincang soal siapa PM dan TPM nanti.
Semalam, Naib Presiden PAS Pusat, Nasarudin Mat Isa turut mengesahkan perkara itu dengan menegaskan mereka tidak pernah membincangkan perlantikan Lim Kit Siang sebagai TPM.
Hal tersebut juga tidak pernah dibincangkan dikalangan pimpinan tertinggi PAS Pusat.
"Jadi, saya menganggap hal pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri di kalangan Pakatan Rakyat bukan merupakan isu (non issue),"
Beliau juga enggan mengulas sama ada turut bersetuju atau tidak dengan perlantikan Penasihat DAP itu sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man juga menyatakan perihal perlantikan itu tidak dan bagi jawatan kabinet dikalangan sesuai dibincangkan sekarang.
Maka tidak salah kalau Semut kata hanya Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS Pusat sahaja yang bersetuju dengan cadangan si Ketua Penipu itu.
Nampak gayanya, Nik Aziz hanya bermimpi sendirian dan sekali lagi mengenepikan pandangan ahli lain dalam PAS seperti mana yang pernah dilakukannya dahulu.
Masihkah beliau mahu terus mencemar nama baik institusi 'Tok Guru' di Malaysia ini? Adalah wajar bagi beliau untuk bersara dan berundur dari dunia politik sebelum namanya kian tercemar kerana insiden - insiden seperti ini. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Salam semua kepada umat islam seluruh dunia dan malaysia tak kira apa bangsa dan salam 1 malaysia untuk semua. Terlebih dahulu kita bicara tentang hal ini eloklah benar kita kaji serta embau peristiwa yang lalu. Kita lihat Hadi dan Nasha nie bukan main hulur salam perpanduan kepada saudaranya UMNO. Bila N.Ajis buat mata beliak dan muka macam anjing garang kecut hingga hilang telor 2 biji. Last sekali kutuk UMNO kata putar belit fakta. Itu sifat manusia 2 orang ini yang tiada tetap keimanan dan tetap penderian.
BalasPadamManusia seperti ini tak elok jadi ketua dan pemimpin kerana mereka takut untuk berbuat kebaikan dan kebenaran serta mereka sokong kearah keburukan dan kejahatan serta lantang suara kearah kerosakan. Sebenarnya inilah ketua dan balaci yang memutar belitkan fahaman ahli PAS serta menipu mereka itu dan sekutunya dengan sewaktunya. Mereka ini kalau dalam medan perang akan berpaling tadah asal saja nampak habuan dan sanggup musnahkan rakan dan negara.
Percakapan orang begini haruslah ditapisi supaya tidak termakan dengan kata-kata dustanya, agar pisang tak berbuah 2 kali.Masakan tidak kehidupan mewahnya di Taman Mahkota Kajang. Beliau takut akan mengelami kemiskinan jika berlandaskan kebenaran. Jika benar naiwatunya kerana islam dan negara beliau dahulu tak akan gentar dengan usikan N.ajis dan sepatutnya mereka takut akan Azab Allah SAW akan pembohongan dan dusta mereka selama ini.