Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Itulah akibatnya suka sangat berdalih dan sengaja menyembunyikan kebenaran. Semut dah selalu pesan, yang malunya nanti diri sendiri.
Sebelum ini sudah ada berita mengenai 'keuzuran' Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS itu yang telah dimasukkan ke Hospital.
Tetapi dakwaan tersebut disangkal oleh Setiausaha Akhbar dan anak beliau dengan mengatakan ianya hanya sekadar pemeriksaan rutin yang biasa.
Mereka turut mendakwa laporan dan khabar angin dari blog - blog Pro Kerajaan cuba menyebarkan fitnah mengenai kesihatan Nik Aziz.
Alih - alih hari ini dalam laporan Bernama, Nik Aziz kini menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian atas nasihat doktor pakar Rabu lalu.
Anak beliau, Nik Omar mengesahkan perkara tersebut dengan menyatakan bahawa sakit ayahnya itu adalah akibat jatuh kuda.
Wah, pandai juga Nik Aziz ni naik kuda ye. Habis kenapa mereka cuba menyembunyikan perkara itu sebelum ini?
Sudahlah dasar perjuangan mereka tergadai. Takkan soal kesihatan Nik Aziz pun mereka hendak menipu dan mempolitikkannya juga? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Semut doakan agar beliau kembali sihat dan dapat berfikiran waras untuk berundur dari dunia politik.
Nate mu.. Kawe buke jatuh kuda betul tu le, kawe jatuh maso kawe naik kuda belakang bini kawe le.. Ni padah minum kopi tongkat ali yang setpol beri.. Celaka... celaka...
BalasPadam