Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Dalam banyak - banyak hal, perkara ini jelas tidak dapat diadaptasi dan ditiru oleh Pakatan Pembangkang iaitu menerima teguran dari parti komponen lain.
Atas dasar persefahaman dan sikap keterbukaan minda yang tinggi, UMNO sedia menrima sebarang teguran dari kalangan ahli dan juga parti komponen lain dalam BN.
Datuk Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO turut menjelaskan bahawa teguran yang diberikan merupakan satu proses kematangan dalam politik.
Beliau juga turut berkata, pemimpin dari parti komponen BN perlu memberi tumpuan sebanyak mungkin terhadap maklum balas dari akar umbi.
Katanya, pemimpin BN perlu berkerja keras dari sekarang dan tidak hanya menunggu waktu pilihanraya sahaja.
Jelas, pendirian seumpama ini tidak mungkin dapat diguna pakai dalam pakatan pembangkang yang nyata tidak dapat menerima teguran dan pandangan dari orang lain.
Malah dikalangan mereka sendiri pun mereka tidak mampu menanganinya. Bukan banyak sangat pun parti komponen mereka. Hanya ada tiga sahaja berbanding Barisan Nasional yanga da 13 Parti komponen.
Itu pun jadi masalah besar untuk membawa usul dan kertas kerja masing - masing. Hanya perlu berpegang kepada satu kertas kerja sahaja, kenapa? Yang lain tidak perlu bersuara?
Yang jelasnya, sistem yang dilaksanakan oleh Pakatan Pembangkang ini bukanlah sistem Demokrasi tetapi sistem kuku besi dan diktator. Lagi nak tuduh orang lain tidak bersifat demokrasi? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.