Selasa, Disember 07, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Mulanya, Semut tak mahu juga mengulas mengenai isu ini. Tapi melihatkan ketenangan YM Tengku Razaliegh Hamzah menjawab soalan wartawan semalam, tergerak pula hati ini untuk memberi pandangan.

Awal pagi semalam, Semut siarkan artikel mengenai keangkuhan dan kesombongan si Ketua Penipu Rakyat itu. Malah Semut juga turut mencabar beliau memulangkan semula pingat yang beliau perolehi itu.

Alih - alih, petang semalam dilaporkan Ku Li pula dilucutkan darjah kebesarannya oleh DYMM Sultan Kelantan.

Sultan Muhammad V perkenan menarik balik dua pingat darjah kebesaran dengan salah satunya Darjah Kerabat (DK) yang dikurniakan kepada Tengku Razaliegh.

Beliau dan seorang lagi tokoh, Dr. Yaacop Hussain Merican turut dikenakan tindakan tersebut yang berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Dalam ulasan yang dibuat oleh YM Tengku Razaliegh semalam, dengan tenang beliau menjawab beliau pun dah lupa beliau memiliki pingat dan darjah kebesaran tersebut.

Sudah lebih 30 tahun katanya. Beliau juga turut menyatakan bahawa beliau sendiri jarang memakai pingat - pingat tersebut kecuali jika diminta hadir ke Istana sahaja.

Lihat bagaimana sifat seorang pemimpin yang berhemah menjawab persoalan tersebut. Bukan dengan cara sombong dan angkuh seperti sesetengah pemimpin lain.

Jika seorang yang berdarah Kerabat DiRaja boleh bersikap rendah diri (humble) seperti YM Tengku, kenapa masyarakat biasa pula yang berhidung tinggi? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

1 ulasan:

  1. ada pingatke takda pingat ke sama aja KULI meamng ada darah diraja tada hat lah cuma cuba cek DSAI NUAR ADA DKK TAK?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping