Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Bekas calon Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR (AMK), Badrul Hisham dikhabarkan akan bertindak keluar dari parti tersebut.
Demikian laporan yang diterima seawal pagi tadi. Menurut maklumat baru dari Pulau Pinang, Badrul Hisham dijangka akan membuat sidang media mengenai jawatan Timbalan Setiausaha Agung PKR esok, jam 11.00 pagi.
Maklumat tersebut juga turut menyatakan bahawa Setiausaha AMK Pulau Pinang iaitu Syed Mikael juga akan turut meletakkan jawatan beliau sebagai tanda protes terhadap Shamsul Ketot.
Beliau juga membuat bantahan terhadap kehadiran Shamsul iskandar sebagai salah seorang penceramah di Ekspo Muda Seberang Jaya.
Semuanya gara - gara kehadiran tidak diundang si Shamsul Ketot itu dan kedudukan beliau hari ini masih lagi dalam siasatan JPP.
Secara keseluruhannya, AMK Pulau Pinang juga turut tidak mengiktiraf keputusan pemilihan PKR yang lalu sama seperti pendirian yang telah ditetapkan oleh Badrul Hisham.
Kalau betul Badrul berpegang kepada prinsip dan menolak keputusan pemilihan, sepatutnya sudah lama beliau ambil tindakan keluar parti. Begitu juga dengan pengikut serta penyokong beliau sebelum ini.
Tetapi Semut tidak nafikan bahawa ini hanya satu spekulasi. Esok, pasti beliau akan kata khabar angin ini tidak benar, semuanya tipu belaka. Hanya beliaulah yang bercakap benar.
Apa - apa pun kita nantikan sahaja sidang media itu dan lihat sama ada beliau seorang pejuang berprinsip atau sekadar penipu rakyat seperti yang lain. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Kita tunggu dan lihat saja apa akan jadi.
BalasPadam