Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Baik punya lakonan si Mamat Sekpol Ketua Menteri Pulau Pinang ni. Maklumlah, menuntut ilmu dengan Mahaguru Wayang katakan.
Sebelum ini kecoh laporan mengenai tindakan ala 'Gengster' ADUN Komtar, Ng Wei Aik ini terhadap peniaga Restoran Nasi Kandar di Pulau Pinang.
Beliau yang turut bersama - sama Penguatkuasa MPPP kelihatan seperti seorang 'abang kawasan' yang datang bersama 'anak - anak buah' mengutip wang perlindungan.
Dalam perkembangan yang sama, beliau dikatakan telah mengeluarkan bahasa kasar dan rasis terhadap peniaga tersebut.
Maka puaslah Setiausaha Politik Lim Guan Eng ini bermain wayang membuat dakwaan dengan menuduh orang itu dan ini.
Laporan semalam pula mendedahkan beliau akur dengan kesilapan dan tindakan biadap beliau terhadap peniaga tersebut dengan memohon maaf. Itu pun setelah didesak dan diasak oleh sebuah Pertubuhan NGO.
Aik, kalau sudah tidak buat salah, kenapa beliau mohon maaf? Takut kena samanlah tu agaknya.
Walau apa pun, ADUN Komtar itu sudah memohon maaf. Si Teresa Kok bila pulak? Dah jelas beliau menabur fitnah terhadap Perdana Menteri. Tidakkah beliau terasa bersalah dengan perbuatan tersebut? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Minta maaf minta maaf juga....Tapi kesalahan menggunakan kuasa harus di garap oleh pehak yang berwajib.. Malaysia ada undang2 bukan guna hukum rimba...faham2 lah...AL JUBURI terperosok dulu dalam penjara kerana sikap yang sama gak 'PENYALAHAN GUNA KUASA '.
BalasPadamAgar jadi pengajaran BAGI YANG biadap nie dan yang seangkatannya..
MINTA MAAF MINTA JUGA.....BILA NAK LETAK JAWATAN.. CAKAP BUKAN MAIN PANDAI (BERDAULAT LAA PULAK)TUNGGU APA LAGI SAMAN MALU&SAMAN GANTI RUGI...REZEKI DAH ADA DEPEN MATA. BIAR DAP TAHU JANGAN MAIN CAKAP JA.......!
BalasPadam