
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Semut pun hairan juga. Sehingga hari ini, masih tidak ada sebarang respon dari mana - mana pemimpin didalam PKR mengenai aduan salah laku sewaktu pemilihan mereka tempoh hari.
Malah suara - suara yang mempertikaikan mengenai masalah itu seolah - olah senyap begitu sahaja. Mana perginya suara lantang Chegubard? Adakah sudah disenyapkan oleh Anwar?
Kalau menurut laporan Setiausaha Agung PKR dalam keterangan medianya November lalu mengesahkan terdapat sebanyak 18 aduan pemilihan pusat dan 289 aduan pemilihan Cabang yang telah diterima.
Sewaktu dalam Kongres PKR bulan November tahun lalu, beliau juga telah berjanji akan memberikan komitmen untuk menyelesaikan masalah ini dalam tempoh 2 minggu.
Namun, sudah dua bulan berlalu. Keputusan yang dijanjikan masih tak nampak - nampak. Apa sudah jadi? Seperti ada sesuatu yang tak kena.
Hakikatnya, PKR adalah sebuah parti yang memang sah tak boleh nak dipercayai. Janji macam - macam, tapi satu habuk pun tak dibuatnya. Kebenaran akan terus dipendamkan.
Chegubard mana? Sudah puas hati ke beliau dengan tindakan berdiamkan diri oleh pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat? Atau beliau sudah sudah mendapat habuan yang dicari - carinya? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Sumber dari The Unspinner.

biaq pi kt depa. depa nk mampuih ka hapa ka, lantak. yg aku nk tengok depa x menang masa pilihanraya, tu ja...
BalasPadam