Ini kisah menarik. Ingatkan pemimpin Parti Angguk Saja ni tak takut mati. Rupanya, takut juga diorang ni sebenarnya. Berlagak je lebih. Cakap konon masuk PAS boleh masuk syurga. Diri sendiri pun takut mati, nak buat macam mana.
Kata Dr. Hatta Ramli, beliau dan Ahli Parlimen Pokok Sena si Mahfuz Bean tu dipulaukan malam semalam sebab nak balik awal. Mereka cuba melarikan diri dari Labis pada pukul 1.30 pagi, namun tidak berjaya kerana tersekat akibat kesesakan lalu lintas di Segamat.
Sebab tak boleh meneruskan perjalanan, mereka berpatah balik dan mengambil jalan dari Felda Chempelak ke Pagoh. Dalam perjalanan, mereka lalu 5 kawasan banjir tapi tetap berjaya melaluinya.
Kawasan yang terakhir mereka lalui airnya dalam dan mengalir deras. Malah air turut memasuki kereta besar Dr. Hatta iaitu 4WD T-Fortuner. Nasib baik sampai ditempat kering pada pukul 3 pagi.
Jalan depan sikit ada lagi satu banjir. Nak terus takut, jadi diorang singgah di sebuah rumah kampung yang berhampiran. Dr. Hatta mengklasifikasikan kejadian itu sebagai 'pengalaman ngeri'.
Ngeri sebab apa? Nampak sangat Allah bagi kifarah kepada mereka agar tidak melarikan diri dan meninggalkan rakyat yang sedang darurat. Sepatutnya diorang kena turun bantu masyarakat setempat dalam menghadapi keadaan seperti ini.
Tapi macam diorang ni mana nak sedar semua benda ni. Yang diorang tau, diorang je yang bagus. Apa - apa hal, selamatkan diri dulu. Dah kena macam ni, pun tak sedar diri lagi ke? Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.