Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Ini alkisah yang sedang berlaku di Tenang sejak beberapa minggu yang lalu. Perang provokasi telah dimulakan oleh puak - puak pembangkang. Nampak sangat mereka takut kalah.
Malah siap diedarkan risalah untuk tujuan berkempen. Tambah menarik apabila mereka turut menyebarkan surat layang menggunakan kepala surat PERKASA.
Maka hari ini, Ketua Wira Perkara, Arman Azha telah membuat laporan Polis untuk mengelakkan sebarang salah faham terhadap perkara tersebut.
Surat layang itu katanya cuba memberi amaran kepada peniaga - peniaga Cina agar tidak menaikkan harga barang sewenang - wenangnya. Malah ia juga turut menasihati mereka akan memastikan calon Melayu dari BN menang dalam PRK tersebut.
Tindakan terdesak ini sengaja dilakukan untuk mencetuskan isu perkauman dalam Pilihanraya tersebut dan sengaja mencetuskan polimik.
Itulah hakikatnya mengenai puak - puak Pakatan Pembangkang ini. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi memperolehi kuasa. Sampai sanggup menipu secara terang - terangan.
Ini perjuangan telus dan jujur mereka? Mimpi ngeri la kita kalau mereka akan berlawan ikut buku. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Sumber dari Blog Armand Azha.
Keinginan untuk mendapat kemenangan yang memuncak membuatkan pengidamnya sanggup melakukan apa saja termasuk penipuan dan meskipun dia tahu orang akan perasan bahawa dia adalah si penipu itu tetapi dia seolah-olah sanggup menerima 'bala' yang mendatang. keh keh
BalasPadam