Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Semut memanjatkan syukur kehadrat Allah S.W.T kerana masih ada dikalangan pemimpin PAS yang berjiwa kental seperti Dr. Hassan Ali.
Beliau jelas terkecuali dari melibatkan diri dalam kemelut lantikan SUK Negeri Selangor baru - baru ini.
Laporan yang memberansangkan hari ini, menyatakan bahawa Pesuruhjaya PAS Selangor itu percaya isu berhubung perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi akan dapat diatasi.
Hassan berkata, beliau sebelum ini pernah menghadapi masalah ketika berkerjasama dengan Khusrin ketika beliau menjawat jawatan sebagai Pengarah JAIS.
Dalam satu sidang media di Gombak hari ini, Hassan turut menyatakan bahawa isu berkenaan dapat diatasi dengan cara rundingan dan komunikasi yang baik.
Ha, dengar tu Khalid Samad. Ada cara lain nak selesaikan masalah dari melalak yang bukan - bukan. Ni tidak, siap cabar mencabar orang pulak. Sampai nak buat solat hajat dan sebagainya.
Dah tahu diri sendiri nak buat masalah, nak salahkan orang lain pulak. Apa punya jenis pemimpin macam ni? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.