...PR: Perompak Rakyat!!!...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Menteri Besar Selangor mengumumkan peruntukan dana RM1juta kepada setiap ADUN dan diagihkan dalam tempoh tiga bulan.
Dana tersebut katanya adalah bagi menampung perbelanjaan membaik pulih keperluan asas disetiap kawasan.
Ketika ditanya sama ada pihak ADUN Barisan Nasional Selangor akan mendapat peruntukan yang sama atau tidak, Khalid berkata Kerajaan Pakatan akan merujuk amalan Kerajaan Persekutuan.
Perkara tersebut dibidas oleh Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohd Khir Toyo dengan melabelkan Khalid Ibrahim sebagai seorang yang hipokrit.
Beliau mendakwa Menteri Besar Selangor itu bersikap tidak adil dan berat sebelah kerana hanya memperutukkan dana pembangunan kepada ADUN Pakatan pembangkang sahaja.
Sudah jelas perjuangan mereka selama hari ini hanya retorik dan satu dakyah penipuan belaka. Malah tindakan tersebut jelas meminggirkan hak rakyat Selangor yang lain.
Sudahlah tidak ada pembangunan yang dibuat. Nak bagi dana pula ikut 'bulu'. Tidakkah tindakan itu boleh dilihat sebagai pembahagian harta kepada kroni?
Tindakan itu juga merupakan manifetasi jelas mereka merompak harta rakyat untuk mengayakan ADUN sementara masih berkuasa.
Apa, Si Khalid Gagap tu ingat duit Kerajaan Negeri ni harta rampasan perang ke? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.