Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kalau berdemo, membantah itu dan ini pandai sangat Ahli Parlimen Shah Alam ini. Mana beliau tatkala isu ini mula berkumandang di sekitar kawasan Lembah Klang?
Laporan hari ini mendedahkan bahawa pihak pengurusan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi terpaksa memperlahankan laungan azan termasuk ketika solat Jumaat.
Tindakan tersebut diambil ekoran aduan seorang Peguam bukan beragama Islam yang mendakwa bunyi azan di Masjid itu amat lantang.
Imam Masjid berkenaan, Mahadi Abdullah berkata keputusan pihak Masjid itu menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan penduduk yang majoritinya umat Islam.
Namun menurut beliau, tidak ada apa - apa yang boleh dilakukan kerana ianya keputusan pihak 'atasan'.
Mana dia yang dulu sibuk berkempen mewakili Herald Katholik Weekly berkenaan isu Kalimah Allah? Mana dia YDP PAS Shah Alam itu yang sibuk dengan isu kemelut lantikan SUK Negeri?
Adakah perkara seperti ini akan dipandang remeh oleh beliau? Kata perjuangan berdasarkan Islam. Jangan retorik dengan kata - kata sahaja. Buktikan kalau beliau benar - benar ikhlas berjuang demi agama. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.