Ahad, April 05, 2015

Seperti mana yang sudah dijangka, artikel yang disiarkan pagi tadi sudah pasti akan menerima kecaman dari mereka yang kuat menyokong Tun Mahathir, tokoh Negarwan Ulung yang disegani.

Pelbagai komen boleh dibaca secara jelas. Bahkan, ada juga yang mendakwa blog ini hanya sekadar 'Cari Makan' apabila dilihat beria - ia mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib.

Barang perlu diingatkan kepada semua yang membaca blog ini. Sebelum ini, blog ini juga pernah mempertahankan 'Teguran' yang dibuat oleh Tun terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib.

Bukan sekali, bukan dua kali. Tapi dah banyak kali isu 'Teguran' itu dibuat dan disiarkan melalui laman blog ini seperti mana yang boleh dibaca dalam pautan yang diberikan dibawah.


Cuma kali ini, yang menjadikan persoalannya, kenapa Tun menyerang pentadbiran Datuk Seri Najib dengan menggunakan isu - isu separa benar yang dibangkitkan oleh puak - puak Pakatan?

Kalau Tun nak kritik soal pengurusan didalam isu 1MDB, takde masalah. Memang sepatutnya perkara itu dibangkitkan dijawab oleh Datuk Seri Najib secara terbuka. Semua orang nak tau apa masalahnya.

Tapi, apabila Tun menyentuh isu berkaitan dengan kes pembunuhan Altantuya, ianya menimbulkan satu persoalan dikalangan rakyat sendiri. Kenapa isu itu pulak yang dibangkitkan?

Kenapa persoalan mengenai kenyataan Sirul itu yang dijadikan Polemik Politik Tun menyerang Datuk Seri Najib sedangkan isu itu tidak ada kaitan dengan pentadbiran Kerajaan?

Bagi sesetengah pihak, isu pembunuhan Altantuya itu tidak ada kaitan lansung dengan Datuk Seri Najib. Bahkan, isu berhubung dengan Sirul itu pun boleh dianggap sebagai isu Peribadi.

Dan kenapa pulak hanya Sirul seorang sahaja yang dijadikan tumpuan? Kenapa Tun hanya nak bertemu dengan ibu Sirul sahaja? Bagaimana pulak dengan Azilah yang juga terlibat dalam kes tersebut?

Soalnya, kenapa Sirul melarikan diri sementara Azliah pula dilihat bersedia menghadapi hukuman yang telah ditetapkan oleh pihak Mahkamah tanpa menimbulkan sebarang kontroversi?

Kenapa Tun tidak mempersoalkan tentang perkara tersebut secara terbuka dan tidak dibangkitkan didalam laman blognya sebelum ini sedangkan ianya mempunyai kaitan antara satu sama lain?

Dan yang paling utama, persoalan yang dibangkitkan didalam blog Tun turut juga dilihat seolah - olah cubaan untuk mengaitkan Datuk Seri Najib dengan pembunuhan model Monggolia itu. 

Soalnya sekarang, adakah Tun anggap Datuk Seri Najib seorang Pembunuh? Itu sahaja persoalan yang perlu dijawab oleh Tun. Dan bagi mereka yang komen didalam blog ini, adakah anda juga menganggap Datuk Seri Najib seorang pembunuh???
Categories:

32 ulasan:

  1. Apa yang saya perhatikan sejak dari tahun 1957 hingga sekarang tahun 2015 semua pemimpin kerajaan Malaysia dan juga pemimpin UMNO terlalu defensif. Lihat Lee Kuan Yew dari tahun 1965 hingga disaat2 akhir hayatnya tidak akan beri peluang kepada pemfitnah berleluasa.
    Kenapa beri muka dan terlalu apologetik. Kalau DS Najib rasa tak betul. Saman malu Tun Mahathir. Walau pun beliau negarawan, tetapi sayugia diingat beliau juga manusia yang tetap punya kesilapan. DS Najib peneraju negara. Mestikah hendak dibiarkan sahaja sedangkan nama baik Malaysia tercemar dimata dunia. Penasihat DS Najib mesti bangun dari tidur jangan hanya pandai mengampu tetapi sebenarnya anda adalah penjahanam negara kerana memberikan nasihat yang salah kepada perdana menteri. Buat Tun Mahathir legasi Tun mestilah dijaga oleh Tun sendiri. Jangan jadi sokong tetapi sokong membawa rebah. Sebelum rakyat semakin mencemuh Tun, jagalah perilaku. Kita manusia yang akan menemui Ilahi bila2 masa sahaja bilq diundang. Muhasabahlah.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena sabaq dan tunggu giliaq tun.Tu la tun jadi pm lama sangat.Ramai dok que..

      Padam
  2. Pada pendapat saya,Tun M bukannya menegur tapi niat nak menjahanamkan Najib.Tun M sendiri orang yang dah lama dalam politik.Dia sendiri tau bezakan antara mengutuk dan menjahanamkan.Padahal kes Sirul dan altantuya tu dah diberi penjelasan lebar oleh negara yang menjual kapal selam,arkitek kapal selam,dan YB Dato' Zulkifli Noordin sendiri di Dewan Rakyat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada pendapat saya pula, memang itu lah niat Tun M. Selagi DS Najib tak hancur, selagi itu dia tidak akan berhenti mengutuk dgn niat utk menjahanamkan. Lagi lagi ungkit fasal lama..kes yg dah selesai pun di korek korek lagi...maana nya, mahkamah negara kita tidak ade class lah yer? Jika T M dah approve baru lah keputusan di muktamatkan. Maana nya semua nya ini keputusan mahkamah tentang kes kes berkaitan dgn DS Najib belum mendapat mandat deari Tun lah sehingga kacau bilau begini. Dah semacam satu habit si dia ni...asyek asyek demand PM letak jawatan. Sejak zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj lagi...agak nya dah terkena keparat Tunku kut. Begitu sekali Tunku berkorban masa, diri dan harta sendiri ( di masa itu masa ade istilah wang kerajaan lagi. Semua nya dgn duit dan masa sendiri, kerja taqnpa gaji.) Pun kena letak jawatan? Oleh kerana beralah, dgn hiba hati, rupa2 nya balasan yg begini yg di terimaya, Tunku pun berundur diri. Baru 5 tahun memegang jawatan PM. Sedeh. Itu dia tak kurang ajar. Sekarang demand, ape saja keluar dari mulut Tun M ade lah mandatr. Mesti patuh. Tak patuh, "siap kau!" Lepas tu Pak Lah, sekarang anakanda Almarhum Tun Haji Abdul Razak. Agak nya ( saya agak jer ) bila anak nya dah jadi PM, baru semua ok dan tak payah tukar2 lagi sampai berpuluh2 tahun mcm masa Tun dulu. Tak mustahil.

      Padam
  3. DS Najib!!! Tolong wake up. Maruah anda dipermain2kan. Diluar sana rakyat mengungkapkan DS Najib mempromosikan NKRA (NAJIB KERJA ROSMAH ARAH). Saya tahu you are a good leader. Be yourself. IN ORDER TO BE GOOD YOU HAVE TO BE HARSH. Perbetulkan persepsi rakyat dan seluruh rakyat Malaysia akan menyanjung mu. Bukan sahaja dengan rakyat didahulukan tetapi persepsi rakyat mesti diperbetul dan didahulukan.

    Saya kesian DS ynag kehilangan dua pembantu dalam masa seminggu. Jangan biarkan pengampu merosakkan DS. Please wake up DS. Time is running out.you have to move fast.

    BalasPadam
  4. saya yakin Najib bukan pembunuh....dan tujuan Tun Mahatir memulakan serangan demi serangan tentunya mempunyai motif.RASANYA baru beberapa hari keduanya bertemu pada kejohanan lumba basikal kalu tak silaplah, kenapa Tun tak guna masa tu untuk bertanya Najib apa-apa perkara yang musykil padanya...ni tidak ,..cakap pada pemberita bahawasanya dah 4 tahun Tun bersabar dengan Najib.Tidakkan ianya tindakan hipokrit...Pening dan meluat tengok gelagat Tun sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teringat kesah tun dgn timbalan nya dulu..Datuk Musa Hitam. Just who does he think he is? Jangan lah ingat dah berjaya duduk kerusi PM selama 22 tahun, awak lah yg terbaik. Boleh masuk campur kerja orang. Dah menyampah sgt tengok perangai Tun sekarang. Dia seolah olah mencari sebab utk buat kejutan supaya rakyat semua tidak terlupa yg...once upon a time there was a prime minister.....( if you know what I mean ).

      Padam
  5. Q




    Umor dihujung hujung ni lupakanlah dunia adap le sejadah dan alquraan lagi berfaedah

    BalasPadam
  6. Apa lagi yang kitamahu diusia senja lebih baik tambah amal ibadah daripada sibuk hal dunia

    BalasPadam
  7. Diusia senja banyakan amalan sebagai bekalan bukan sibuk hal dunia

    BalasPadam
  8. Aku setuju dengan Tanpa Nama 4:17, kalau rasa difitnah - SAMAN! TAK KIRA SIAPA, HABIS CERITA., ini.. DIAM! Yang Tun kata, suruh jawab. Bukan kata dia penpubuh, blogger paling pandai dalam dunia oi..! Persoalan perlu dikawab. kalau rasa difitnah, saman. Yang najib buat la ni, samada diam atau suruh orang lain jawab, tapi makin teruk. Buat orang lain tanya lagi solan sebab facts tujun lain.

    So blogger, Tun M, atau aku tak kara Najib pembunuh. Hang yang kata macam tu.

    BalasPadam
  9. Seperti keputusan mahkamah - yang membunuh ialah Sirul dan Azilah. Umumnya Azilah hanya mendapat arahan dari Sirul, saolannya Sirul dapat arahan dari siapa? Benarkah dakwaan Sirul itu atau sekadar mereka cerita ?

    Pihak yang berkuasa kerajaan melalui PDRM wajar membuka semula siasatan - itu yang dicadangkan oleh beberapa pihak termasuk bekas KPN, Tun Musa Hassan dan rakyat umumnya - jika siasatan dibuka semula sudah tentu terdapat jawapannya samada sirul berbohong atau sebaliknya.

    Baru-baru ini PDRM mendakwa sudah berjumpa sirul di Australia dan mendapati tidak ada keperluan untuk membuka siasatan.
    PDRM pergi atas izin siapa? atas pengetahuan siapa? Kenapa tidak dihebahkan kepada rakyat.
    Kenapa hanya memberi penjelasan selepas Tun bersuara - siapa yang lebih penting? rakyat atau Tun?

    # Dan dilaporkan sirul menafikan ada pertemuan dibuat dengan PDRM di Australia (?) Setakat ini apa respon KPN, Zahed ?

    Tun lebih pentingkan masa depan UMNO itu sendiri - siapa yang mahu naik siapa yang mahu turun sewajarnya sudah menjadi tanggungjawab pemimpin UMNO itu sendiri merencanakannya.

    BalasPadam
  10. Tun menjadi idola kerana kebaikan dan tajam akal serta buah fikiran yang Allah anugerahkan, jangan pula Tun menjadi pemusnah melihat kepincangan kerana terasa diri terlalu hebat dan pandai di dalam mengurus dan mengatur percaturan. Ingat Tun setiap manusia di anugerah Tuhan ada kelebihan ada kekurangan jangan lah pula keegoan menjadi lupa kepada kekuasaan Ilahi....jauhi berburuk sangka, tohmahan yang belum tentu lagi jawapan yang pasti, cari jalan penyelesaian dengan berbincang serta bermusyawarah...itu jalan yang terbaik. Aku sayang negara ku Malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tun pun mudah lupa rupa nya. Tu..lah. Lain kali jangan asyek nak mengata orang.

      Padam
  11. Mungkin ada satu perkara yg Tun tahu tapi kita tak tahu. Yg Najib pun satu hal, bukalah mulut tu jawab. Tun pernah cakap....Najib tu penakut macam bapa dia juga.

    BalasPadam
  12. Melayu dah berpecebelah dgn teruk. Itulah TM mengamuk. Ramai juga faham UTK itu ikut arahan. Arahan siapa? Kalau depa tu bunuh kenapa tak ngaku? Berdasarkn keterangan d mahkmah nampak mereka bunuh. Tapi Sirul kini suruh IGP buka fail risikan statement dia yg sebenar. Ini macam kautim tak jadi - macam kena main. Sebab itu dia lari kot.

    BalasPadam
  13. Tidak ada secara tersurat mahupun tersurat Tun Dr. Mahathir bermaksud DS Najib sebagai pembunuh atau terliubat dalam pembunuhan Altantuya. Kita yakin PDRM mempunyai maklumat yang lebih mendalam khususnya dalam fail perisikan yang disebut oleh Sirul. Pegawai kanan yang terlibat dalam SB pada tahun berkenaan pasti mempunyai maklumat yang lebih jelas. Sebahagiannya masih berkhidmat dalam pasukan dan mengetahui apa yang Sirul nyatakan dalam fail berkenaan. Maklumat itulah yang sepatutnya didedahkan. Mungkin fail boleh dikompromi dan dipinda tetapi memori mereka yang terlibat sudah pasti masih tajam untuk mengingati maklumat sepenting ini. Lapan tahun bukan satu tempoh yang lama. Selain pegawai kanan dalam SB, ADC VVIP pada ketika itu pun pasti boleh dijadikan sumber maklumat. ADC yang lazimnya dari kalangan pasukan keselamatan juga boleh ditelusuri semula rekod perpindahan, sebab-sebab ditukar dan sebagainya. Jika blogger yang punya sikap sebagai penyiasat dan pemikir, seharusnya maklumat2 sebegini diperhalusi sebelum melempar tuduhan bahawa Tun Dr. Mahathir menggunakan modal separuh masak pembangkang apatah lagi membuat tuduhan DS Najib sebagai pembunuh.

    BalasPadam
  14. Kita kena ingat bab Tan Tin Tun. ...dia masih nak jadi Hero lagi..tak puas2 nak jadi Hero..dulu balon Hussin Onn. .lepas tu Balon Razaleigh. .lepas tu balun Nuar Juboq. ..lepas tu balon Lah Tidoq. ..la ni balon Najib Blurr pulak. ...itu lah masalahnya bila jiwa ashek nak membalon orang lain je ..ni jenis suka pandang rendah kat orang lain....sungguh membosankan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sokong..bukan setakat bosan jer. Dah naik menyampah. Meluat sangat. Saya rasa satu keluarga ni jenis pandang rendah pd orang lain. Depan media baru tunjuk baik dan rendah diri.

      Padam
  15. BN dan Melayu itu brpecahbelah yang mnjadi kemarahan TM. Lihat bila Selamgor jatuh kpd PR, MB kena brtamggungjawab utk letak jawayan sebagaimana PM Badawi. Ini prsoalan dmana Najib merasakn dia ok lagi tapi TM tidak fikir begitu dan mahu Najib tirun. Cakap senyap dan nego tempohnya habus dah. Itulh skrg dia buat serangan terbuka. Hakikatnya skrg Melayu tdk lagi brsatu n bercakaran. Najib bole seledaikn seblum PRU 14? TM yakin tidak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. TM lah yg lebih teruk memcah belahkan Melayu.Umno sendiri pun berpecah kerana TM. Umno menjadi musuh tegar Pas pun sejak TM berkuasa.Kes Memali,hina ulamak,hina Nabi semuanya masa TM.PKR muncul pun masa TM jadi PM.Alasan mudah nak jadi di sanjung tinggi ialah dgn kata nak satukan Melayu,nak perjuangkan Melayu,tapi haikatnya dialah pemecah belah Melayu.Dalam otak busuk dia dia nak jadi 'Kepala Taik 'memanjang.

      Padam
  16. Tun sebenarnya sayang kat DS Najib tu..sbb tu Tun bg teguran. Sebelum ni mungkin Tun dah BISIK tapi tak ada jawapan sbb tu Tun TEGUR pulak..mana tau boleh dpt jawapan yg dia dan rakyat M'sia nak dengar..kalau TEGUR pun tak jalan,jgn lah marah kalau Tun TERIAK pulak lepas ni..kalau permintaan pembangkang DS Najib boleh dengar dan tunaikan,tak kan pertanyaan Tun tak boleh pulak..maybe,Tun cuba menggunakan pendekatan yg digunakan oleh pembangkang pulak kali ni..apa2 pun Tun semestinya tahu & arif akan apa kesan @ risiko yg akan berlaku..Jadi, BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uek..sayang sgt lah tu. Dia kecewa sb. Najib tak bena jambatan bengkuk. Bila di lantek Pak Lah, Pak Lah tak bena jambatan bengkuk..dia ingat gantikan dgn Najib, samapi lah hajat tapi meleset. Najib tewrnyata lebeh liat dari Pak Lah. Di serang bertubi2 pun, Najib maseh cooool lagi, sehingga Najib di cemuh sebagai "tak tahu malu"

      Padam
  17. Bukan teriak lagi bahkan melalak. Mahukah atau beranikah nakhoda BN sekaramg ni trjun kapal? Kalau anda bagaimana? Trjun masaalh tdk terjun lagi masaalh kot? Takknlah TM melalak kosong. Tengok bekas PM dan Bekas MB Selangor. Apa jadinya kalau turun dgn 'rela' dan kalau 'melawan'.

    BalasPadam
  18. Tun syg kan umno... sape lg yg boleh bersuara bertanye yg org akan dok padang telinga & pandang? Bkn setakat masuk telinga sana keluar sini... yg tul2 pandang bkn jeling.. klo x de masalah... jwb aja bg penjelasan... x lama lg naik harga minyak.. rakyat tersepit.. tegur buat2 angguk kepala aja... jd kena tanye..utk jawapan..aduyai

    BalasPadam
  19. Berbahas, bercakap, mengulas dan membuat kesimpulan biar berhati2....jgn asyik ikut emosi....dalam berpolitik kalau tak matsng jgn banyak bercakap...renung, fikir, analisa biar dr segenap pelusuk kemungkinan....baik tun @ dato sri najib ada cara tersendiri...n jgn lupa permainan minda amat berkesan dalam politik....kalau xfaham...bawa bersabar n tggu episod2 berikutnya dlu dlm rencana mereka berdua...yg tersurat tidak selalunya sama dengan yg tersirat.....kahkahkah...jgn tertipu dah la.....

    BalasPadam
  20. Keadaan politik di malaysia kini semakin bercelaru, di antara yang batil dan yang benar sukar untuk dikenal pasti. fitnah, kontraversi, sentimen dan sebagainya menjadi-jadi. pagi percaya,tengah hari keliru, petang percaya, malam kembali keliru. tidur malam pemikiran makin celaru. bangun pagi berulang lagi antara percaya dan keliru. semoga Allah selamatkan MalaysiaKu dan rakyatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul! memang keliru dan bercelaru sekarang..tolong le selesaikan sebelum pening menjadi demam

      Padam
  21. Persoalan yg Tun ajukan tu bermain dikotak fikiran rakyat...kkdg rasa x sanggup nak dgr dan diperolok2kan...berilah penjelasan utk clear the air.... Bkn x sokong DR Najib.... tp kan lebih baik jelaskan.. x suka org perolok2kan suatu klo betul x benar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerana Tun, Selangor jatuh ke tangan pembangkang. Kerana mulut tun rakyat hilang kepercayaan terhadap bn. Ade sesuatu yg di maukan..tak dapat dapat.. isn't that very selfish of youy tun?

      Padam
  22. Wahai Ds Najib…, renungilah pandangan Ulamak Sayyid Qutb dalam menghuraikan lagi maksud al-Haq (kebenaran) …. Oleh sebab itulah al-Haq pasti menang dan kebatilan dan kepalsuan akan musnah. Walaupun keadaan-keadaan zahir nampaknya tidak begitu, namun akhirnya kebenaran akan tetap muncul dengan begitu ketara :

    “Malah Kami lontarkan kebenaran ke atas kepalsuan lalu ia mengalahkannya dan tiba-tiba kepalsuan itu terus lenyap” (Surah al-Anbia': 18)

    Ayat ini menggambarkan bahawa al-Haq (kebenaran) akan dilontarkan kepada kebatilan yang menyebabkan kebatilan akan terhapus, musnah dan hilang. Kebatilan adalah sesuatu yang baru dan menyimpang dari sistem Ilahi dan tidak diredhai Allah.(Justeru bermuhasabah dan insaflah Ds Najib sebelum terlambat……)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jahat sangat ke Najib Razak ni? Cuba crita sikit supay kita dapat mengenali PM lebeh dekat lagi?

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping