Rabu, Januari 19, 2011

...Masalah Sendiri Pun Tak Selesai, Nak Selesai Masalah Orang???...
...Ceit!!! Pigi Dah!!!...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Makin rancak si Ketua Penipu itu mencabar Datuk Seri Najib untuk berdebat, makin ramai pula yang mencabar beliau untuk tujuan yang sama.

Semua cabaran wajib disahut pulak tu, tapi satu pun masih tidak dijawabnya. Rentetan cabaran yang telah diketengahkan kepada si Ketua Penipu itu ialah:

1. YB Khairy Jamaluddin - Isu Ekonomi Negara.
2. YB Datuk Seri Nazri Aziz - Isu APCO
3. Ummi Hafilda Ali - Isu Kes Salah Laku Seks.

Hari ini, satu lagi cabaran berdebat yang ditujukan kepada Anwar oleh Bekas Bendahari PKR Selangor, K.S. Kotappan.

Beliau sedia bersemuka dengan Ketua Penipu itu atas isu berhubung soal keadilan yang gagal diamalkan dalam Pemilihan Parti tersebut September tahun lalu.

Berikutan perkara tersebut, berlakunya kekecohan dikalangan ahli dan pemimpin sehingga menjejaskan proses pemilihan.

Kottapan turut menyatakan bahawa beliau merupakan mangsa kepada ketidak adilan yang diamalkan oleh Anwar dan pimpinan PKR Pusat.


Lagi nak cabar orang. Masalah dalam parti sendiri pun tak selesai, nak selesaikan masalah Negara dalam masa 100 hari?

Mimpi apa si Ketua Penipu itu? Dapat duit dari langit? Pergi selesaikan masalah parti sendiri dulu, baru sibuk nak uruskan orang lain. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

1 ulasan:

  1. Anuar DEMAM - Polis ada Video Anuar ahem dengan ahem ke. mungkin ni lah ayat yang PM akan guna kot.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping