Memang tabik spring la Semut kat Mazlan Aliman ni. Beliau memang boleh jadi ikon penderhaka yang tersohor di Malaysia selepas Hang Jebat.
Bukan setakat beliau derhaka pada Felda. Malah beliau juga turut derhaka kepada bangsanya sendiri. Cuma dia sendiri je yang tak sedar.
Mana taknya. Habis semua anak - anak peneroka Felda Generasi Kedua dihasutnya agar membenci 'tangan yang menyuap' mereka.
Sudah terbukti jelas, Felda banyak memberikan manfaat kepada peneroka dan seisi keluarga dalam pelbagai perkara. Malah lebih dari yang dijangkakan.
Tapi datang si Mazlan Aliman ni, dia ajak anak - anak peneroka supaya mengikut jejak langkah beliau iaitu menjadi seorang PEMALAS dan PENGHARAP bantuan ehsan orang lain.
Yang dia ajar kepada generasi baru ini hanya cara - cara menuntut itu dan ini tanpa berusaha mengeluarkan keringat masing - masing saja.
Kenapa dia tak ajak geng - geng ANAK dia agar memohon jawatan sebagai pekerja ladang di Felda Plantation? Ada lebih kurang 40 ribu kerja kosong bagi menggantikan pekerja asing.
Dapat juga gaji bulanan. Boleh jugak menampung sara hidup seharian dan membantu perkembangan Ekonomi Negara.
Ini tidak. Tau nak tuntut itu ini je dengan Kerajaan dan Felda. Usaha malas. Kebun sendiri pun dia malas nak usaha. Jadi dia ajak la orang lain jadi geng dia supaya dia tak jadi kera sumbang.
Tapi kalau ajak berdebat dan mengabihkan masa, rajin pulak dia. Ceit! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.