Kalau tengok anak - anak muda zaman sekarang ketika dengar lagu suka angguk - angguk kepala. Diorang panggil 'head banging' kononnya.
PAS sekarang pun dah pandai 'head banging' jugak rupanya. Maklumlah, Parti Angguk Saja. Apa saja yang dituntut oleh DAP dan PKR mereka pasti akan setuju.
Biar pun apa yang diminta oleh DAP dan PKR itu menjejaskan pendirian serta perjuangan asal mereka untuk menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.
Sekali lagi PAS membuat pusingan 'U' apabila isu Penubuhan Negara Islam dibangkitkan. Kononnya itu bukan agenda utama mereka.
Malah kata Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali, hukum tersebut bukan agenda utama dalam Pakatan Pembangkang.
Habis apa pulak yang jadi agenda utama mereka kalau bukan memperjuangkan dasar tersebut? Kata mereka sebelum ini, hukum tersebut hukum Islam, hukum Allah.
Tapi kerana terdesak hendak berkuasa mereka sanggup mengenepikan perkara tersebut demi mendapatkan undi dari golongan bukan Islam.
Nampak sangat puak - puak PAS ini dah melupakan asas perjuangan sendiri semata - mata kerana kuasa. Lagi dia nak kata dia parti Islam? Ceit! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.