Sebelum ke Merlimau, kita buat sikit kajian tempatan. Kenapa PAS lemas dalam banjir di Tenang. Sebab kajian tempatan ni diorang pun tak buat. Yang diorang tau asyik menyalahkan BN je.
Secara kasarnya, kekalahan calon PAS, cikgu Mala adalah diatas kesalahan mereka sendiri. Bukan sebab faktor luaran dan BN sebenarnya.
Dasar perjuangan PAS itu sendiri dah berkecamuk. Cuma diorang je tak nak mengakui parti itu dah mula terbahagi dua. Sekejap nak Negara Islam, sekejap tak nak. Sekejap nak laksanakan hukum hudud, sekejap kata itu bukan agenda utama. Yang mana satu betul ni?
Kalau dah dasarperjuangan parti pun cacamarba, macam mana nak memenangi hati rakyat? Nak pulak kalau mereka jadikan Islam sebagai 'make up' luaran sahaja. Sedangkan rupa sebenar buruk nak mampus.
Jadi tak pelik kalau diorang hanya menang di peti undi yang majoritinya bukan Islam, sebab yang Islam sendiri pun PAS dah tolak dan pinggirkan.
Tambah kecoh apabila Mursyidul Am PAS hari ni sokong kenyataan Lee Kuan Yew agar umat Islam kurang Islamnya. Hah, tak ke haru dibuatnya?
Kata mereka ni pejuang Islam dan mahu menegakkan syiar Islam. Dah kalau Islam kurang Islamnya, nak perjuangkan Islam apa lagi? Itu pun diorang nak bangga ke? Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.