Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Puak - puak pembangkang ni memang suka tidur disiang hari dan asyik dibuai mimpi yang belum tentu jadi kenyataan.
Hari ini, PAS memberi amaran agar jangan ada pihak yang mempertikaikan impian mereka untuk menubuhkan sebuah Negara Islam.
PAS menegaskan hasrat tersebut yang tetap menjadi impian parti itu buat selama - lamanya walaupun tidak termaktub dalam Dasar Bersama Pakatan Pembangkang.
Pakatan tersebut meluluskan Dasar Bersama itu ketika konvensyen pertama Disember 2009 dan keluar dengan buku jinggi pada pertemuan tahunlalu.
AJK Kerja PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, parti itu akan sentiasa mengidamkan pemerintahan sebuah Negara Islam.
Kesian. Mereka yang berada dibawah tetap dimomokkan dengan mimpi indah itu. Walaupun perlaksanaannya adalah amat sukar sekali.
Bukan kerana rintangan dari Kerajaan Pusat. Tetapi rakan seangkatan mereka sendiri yang tidak mengiktiraf perjuangan mereka.
Sampaikan perkara tersebut tidak termaktub dalam Dasar Pakatan Pembangkang. Soalnya, kenapa? Kalau nanti mereka nak melaksanakannya, dah tentu akan ditolak sebab tidak ada dalam Dasar Bersama.
Lihat sahaja di Selangor. Baru Dr. Hassan Ali keluar arahan agar pekerja Islam dilarang berkerja di premis menjual arak, dah dibantah oleh Ronnie Liu.
Malah pihak mereka pula yang menyokong tindakan si Ronnie itu. Habis, bagaimana mereka hendak merealisasikan impian Negara Islam tersebut? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

Salam Tuan..saya dah link dan follow blog Tuan...TQ
BalasPadamSalam Tuan..saya dah link dan follow blog Tuan...TQ
BalasPadam