Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Ini perkara yang Semut pelik sebab ianya berlaku dalam Negara dimana majoritinya beragama Islam tetapi masih berpecah belah sesama sendiri.
Mungkin sebab terlalu taksub dengan perjuangan politik, mengakibatkan mereka suka tuduh menuduh dan menunding jari.
Mungkin bagi mereka cara ini lebih mudah. Kaedah paling senang untuk mereka melepas tangan dan tidak memikul tanggungjawab.
Mengulas mengenai isu laungan Azan yang berlaku di Kampung Kerinchi baru-baru ini, banyak pihak menyalahkan Kerajaan dan UMNO terutamanya.
Katanya, tindakan yang diambil membuktikan bahawa Kerajaan pimpinan UMNO jelas gagal memartabatkan Agama Islam di Malaysia.
Malah si Anak Kecil, Nurul Izzah mendesak agar Perdana Menteri dipertanggungjawabkan dalam soal ini secara keseluruhannya.
Yang peliknya, mereka hanya tahu menunding jari dan menyalahkan orang itu dan ini. Tetapi mereka sendiri tidak membuat dan mengambil apa-apa tindakan. Persoalannya kenapa?
Kenapa mereka hanya mahu Perdana Menteri sahaja yang dipertanggungjawabkan? Bukankah soal agam ini tanggungjawab seluruh umat Islam? Maka semua yang beragama Islam perlu membuat tindakan yang dirasakan perlu.
Kenapa mereka tidak menjadikan tindakan jemaah Masjid tersebut yang membuat perhimpunan bantahan semalam sebagai satu pedoman?
Jelas, jemaah Masjid tersebut yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia tidak mengendahkan pegangan parti dan hanya bersandarkan agama mempertahankan hak Masjid mereka dari dipertikaikan.
Itu pun puak - puak Pakatan Pembangkang tak nampak? Perkara yang baik macam tu tak nak pulak mereka tiru? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Yang tak elok, semua PM kena jawab.
BalasPadam*blog tuan sudah dilink ke blog Waadat.