...Sekadar Gambar Hiasan...
Fuh!!! makin mengiurkan rasanya kes perbicaraan si Ketua Penipu itu hari ni. Makin banyak bukti baru yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan hari ini.
Awal pagi tadi, sebanyak 19 bahan bukti telah dikemukakan dan ianya telah disahkan oleh Dr. Seah Lay Hong, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia.
Beliau menyambung semula memberi keterangan pada sebelah petang dengan kenyataan mengenai ujian DNA yang telah dijalankan.
Menurut beliau, ujian DNA telah mula dijalankan pada 1 Julai 2008, manakala ujian kedua pula dilakukan pada keesokan harinya.
Analisis ujian DNA tersebut selesai pada 5 Julai 2008 dan hasilnya beliau mendapati ada kesan 'air mani' pada calitan kapas.
Dr Seah juga berkata, dua ujian telah dijalankan iaitu ujian PSA dan ujian kehadiran sperma yang turut ditemui pada seluar dalam Saiful.
Kata beliau, tompokan pertama air mani daripada seluar dalam tersebut adalah DNA milik Saiful. Manakala satu lagi milik lelaki yang seorang lelaki yang tidak dikenali dan dilabelkan 'Lelaki Y'.
Seah berkata, B7 (Calitan Kapas) yang diambil daripada mangsa juga mempunyai DNA dua lelaki yang salah satu daripadanya sama dengan Saiful manakala satu lagi milik 'Lelaki Y'.
B7, kata beliau diambil daripada kawasan atas dubur Saiful yang turut mencatatkan 'ekstrak sperma yang dominan' milik 'Lelaki Y.
Wah! Milik siapakah mani itu? Itu yang jadi misterinya. Siapakah gerangan 'Lelaki Y' ini yang sebenarnya?
Bukan apa, nak juga tau perkara yang sebenarnya kan. Sebab pelik juga. Kenapa sperma tu tu ada dibahagian atas dubur? Tak kan 'Lelaki Y' tu 'pancut' awal kot?
Maka sebab tu la dia ada atas kawasan dubur je dan bukan di 'dalam'. Tapi itu semua spekulasi. Untuk mengetahui kebenaran dan siapakah 'Lelaki Y' yang sebenarnya, kena tunggu sampai habis perbicaraan yang akan bersambung esok.
Entah bila pulak la nak habisnya. Jangan bertangguh lagi kes ni sudah la. Penat dah orang menunggu keputusannya. Ni dah semakin hangat dah ni. Jangan sampai jadi hangit pulak nanti sudah la.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.