Ahad, Februari 06, 2011


Apa nak jadi la dengan puak - puak Parti Angguk Saja ni. Tak sangka pulak orang yang berdegar - degar cerita pasal Islam ni takut nak berdepan dengan kenyataan.

Ingatkan seorang Tok Guru jujur pada kata - katanya. Rupanya, penakut jugak. Gedebe tak kena tempat bak kata orang. Kata - kata beliau nampak gayanya memang tak boleh pakai.

Kalau sebelum ni, ye - ye je dia nak berdialog la, nak berdebat la. Bila ada orang sahut cabaran dia, terus jadi tikus.

Nik Aziz sebelum ni katanya bersetuju dengan cadangan untuk berdialog dengan mana - mana pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan kenyataan yang dikeluarkan sendiri.

Sampaikan si Ketua Penerangan PAS tu pun turut bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh Mursyidul Am PAS tu. Tapi alih - alih, keluar kenyataan berikut.

1. Saya dengan ini merujuk kepada laporan muka depan akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan pada 05 Februari 2011 yang memaparkan tajuk berita “NIK AZIZ SETUJU DEBAT : Sahut Cabaran Ulama UMNO Isu Kenyataan Jejas Akidah.”

2. Di bawah tajuk tersebut dipaparkan laporan berkenaan persetujuan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk berdebat dengan ulama UMNO, Mohd Nor Deris berkenaan dengan kenyataan YAB Tuan Guru yang didakwa boleh menjejaskan akidah.

3. Sukalah diperjelaskan bahawa tajuk dan laporan berita tersebut sama sekali tidak benar. Apa yang berlaku ialah YAB Tuan Guru ditanya berkenaan desakan Mohd Nor Deris agar Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan kenyataan beliau yang di dakwa menjejaskan akidah. Menjawab pertanyaan tersebut, YAB Tuan Guru bersetuju agar kenyataannya dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Persetujuan tersebut termasuklah mengadakan perbincangan antara beliau dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.

4. Tidak timbul isu berdebat dengan Mohd Nor Deris yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan sebagai penggubal dasar. Secara logiknya, individu yang layak berdebat dengan Menteri Besar Kelantan yang juga al-Mursyidul Am PAS tentulah tokoh yang mempunyai jawatan berpengaruh di dalam kerajaan atau parti.
Selebihnya baca kat sini.

Tak pasal - pasal je muka Idris Ahmad jadi buruk bila Nik Aziz keluar kenyataan menolak sahutan Prof. Mohd Noor Deris untuk berdebat.

Pusingan 'U' 360 darjah yang diambil oleh Nik Aziz turut menjejaskan lagi imej PAS sebagai sebuah Parti yang memperjuangkan Islam.

Apa alasan Nik Aziz kali ni? Kata nak menegakkan kebenaran. Jadi kenapa dia enggan berdialog atau berdebat dengan Mohd Noor Derih? Apa yang dia nak sembunyikan?

Nampak sangat Nik Aziz bukan seorang Tok Guru yang mengajar agama. Tapi ahli Politik yang mempergunakan agama sebagai alat dalam mendapatkan kuasa.

Ini amalan Islam yang tulen? Layak ke dia digelar sebagai Tok Guru? Sahut la cabaran Mohd Noor Derih dan buktikan apa yang dikatakan itu benar. Apa, Islam ajar umatnya takut kerana benar ke? Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. rupa buruk perangai buruk package lengkap ni...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping