Haih!!! Takkan la tak menjadi kot jampi Si Karpal ni? Penat - penat dia bagi Si Nik Aziz tu makan kek, tapi pendirian tak berubah jugak.
Rugi la kalau macam tu. Macam Si Nik Aziz tu tak hargai pulak usaha yang dibuat oleh Si Karpal tu kepada dia. Siap buat 'Suprise Party' lagi.
Tapi malangnya, semua tu tak mampu mengubah pendirian yang dibuat oleh Majlis Syura sebelum ini. Malah, Si Nik Aziz tu tetap bertegas dengan keputusan yang telah dikeluarkan.
Hari ni, tanpa Si Karpal tu sedari, dia dah kena tenyeh dek Nik Aziz dengan kenyataan yang cukup mengaibkan. Kata Nik Aziz, Si Karpal tu tak de hak nak campur urusan orang lain.
KOTA BHARU - "Itu dia punya pasal". Begitulah reaksi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta mengulas dua isu besar yang melanda parti tersebut ketika ini.
Jawapan mudah seperti itu jugalah yang sering diucapkan oleh Nik Abdul Aziz apabila berhadapan dengan wartawan yang mahu mendapatkan komen beliau tentang isu-isu yang melanda parti tersebut dan Kerajaan Pas Kelantan sebelum ini.
Mengenai reaksi Karpal Singh yang menyanggah kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan isu kalimah Allah telah selesai, beliau berkata, Pengerusi DAP itu tidak tahu apa yang berlaku dalam Pas.
Katanya, terpulang kepada pemimpin veteran DAP tersebut untuk bercakap."Yang buat keputusan ialah Majlis Syura Ulama. Itu dia (Karpal) punya pasal. Dia tidak tahu mengenai Pas kecuali orang Pas.
Nah!!! Sekarang, Nik Aziz tu pun dah jelas menghina Karpal dalam isu berkaitan dengan kalimah Allah. Adakah Si Nik Aziz tu juga akan dikenakan tindakan?
Kalau Si Nik Aziz ni terlepas dari sebarang tindakan, maka ahli - ahli PAS yang berdemo didepan pejabat Karpal sebelum ini juga perlu dilepaskan.
Adalah tidak adil bagi mereka untuk dikenakan tindakan walhal apa yang diorang buat ni lebih kurang sama jugak dengan apa yang dibuat oleh Nik Aziz serta Harun Taib. Diorang pun nak mempertahankan kesucian Islam. Takkan itu pun salah jugak!!!
Ps: Kesian SH tengok ahli - ahli PAS ni. Makin hari, makin terk diorang kena tekan dengan parti sendiri. Nak buat apa pun tak boleh. Alahai!!!! - seterusnya...
Alaa, Nik Aziz dan Hj Hadi tu memang berani bila dibelakang je...cuba tengok kalau depan Karpal,Anwar atau LGE, face 2 face, tunduk lintuklah macam nak sembah bumi.Tak percaya??
BalasPadam