Tahniah diucapkan kepada Pemuda PAS kerana tetap dengan pendirian mereka untuk meneruskan usaha membenteras gejala sosial terutamanya sempena sambutan Valentine esok.
Katanya kempen tersebut akan digerakkan diseluruh Negara dengan Pemuda PAS setiap Negeri turun dengan ahli mereka untuk memberi penerangan kepada remaja Islam.
Sebelum ini, cadangan daripada Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat mendapat tentangan hebat terutamanya daripada Pemuda DAP sendiri.
Kata Ketua mereka, sayap itu tidak bersetuju sama sekali dengan pendekatan yang diambil oleh Nasa untuk melakukan pemeriksaan moral.
Kononnya, beliau mendakwa ianya melampaui kuasa ahli Pemuda PAS untuk melakukan penguatkuasaan sedemikian.
Pendapat yang disuarakan oleh Punah Sihat DAP, Lim Kit Siang mengenai isu tersebut dalam laman Twitter lebih menarik.
Kata beliau, kawalan moral ke atas sambutan Hari Valentine bukanlah satu dasar yang disepakati oleh Pakatan Pembangkang.
AMK melalui Ketua mereka, si Sam Ketot pula menyifatkan cadangan yang diketengahkan oleh Nasarudin Hassan itu sebagai bukti wujudnya hipokrasi BN.
Beliau bagaimana pun tidak pula dilihat memberi sebarang saranan dan pandangan sama ada AMK setuju dengan cadangan yang dibawa oleh Pemuda PAS itu.
Namun, yang lebih menyedihkan ialah apabila ada pihak dikalangan PAS sendiri yang tidak menyokong cadangan tersebut daripada terus dilaksanakan.
Khalid Gereja menyifatkan cadangan yang diketengahkan oleh Nasarudin sebelum ini adalah pandangan peribadi.
Beliau juga turut menyatakan bahawa Ketua Pemuda PAS itu tidak layak untuk memberi sebarang arahan kepada PBt kerana beliau bukan wakil Kerajaan.
Maka sekali lagi, Semut ucapkan tahniah kepada Nasa kerana masih mahu meneruskan usaha dakwah seumpama ini.
Perlaksanaan kempen tersebut esok seolah - olah memberi penamparan percuma kepada puak - puak DAP dan PKR. Terutamanya buat si Khalid Gereja itu secara tidak lansung.
Biar dia rasa. Selama ni dia pandai sangat mempertikaikan orang lain. Bila orang bagi cadangan baik, bukan nak setuju atau nak tolong sokong. Dia kritik jugak.
Ni yang orang kata sokong bawak rebah. Nak harapkan dia bawak pendekatan Islam? Lupakan aje la. Mati hidup semula pun takkan dia buatnya.
Lagi pun rakyat dia sendiri pun ingat si Khalid Gereja ni wakil DAP, bukan wakil PAS. Sebab tak nampak lansung perjuangan Islamnya dia ni. Nak tegakkan Islam konon. Ceit!!! Pigidah!!!
dlm hal ini aku setuju..benda2 kalau tak elok kita tolak..yg baik kita ambil untok diri kita..tapi jgn dok ni kita nampak..paling penting hapuskan pelacuran kat negeri serambi mekah..gegar nicky ajis agar ambil tindakkan..jgn negeri lain sebok nak dikacau..negeri sendiri bergelumang ngan TAHI buat2 tak nampak..buat malu bangsa sediri je..ayuh ahlul2 pas tunjukkan keislaman kamu yang anda war2kan..tolak nicky ajis mcm mubarak..ada berani ka kau orang...
BalasPadamHidup DPP
BalasPadamWALAUPUN AKU PENYOKONG TEGAR UMNO TAPI AKU SETUJU SANGAT CARA KAU NASA..
BalasPadamAKU HARAP LEPAS NI AKAN ADA KERJASAMA DENGAN UMNO PULA.
MARILAH KITA BERSATU DEMI ISLAM