Jumaat, Februari 25, 2011


Belum pun masuk waktu berkempen, diorang terlebih dahulu dah mula bukak gelanggang. Awal - awal lagi diorang dah mula langkah untuk menipu rakyat.

Selepas sesi memperkenalkan calon malam tadi, calon yang mewakili PAS bagi kawasan DUN Kerdau ini telah memberikan ucapan sulungnya.

Antara lain dia kata, PAS akan mengambil pendekatan mesra rakyat dengan semangat Islam dan kasih sayang kononnya.

Secara tak lansung, PAS sekali lagi telah membuktikan bahawa mereka hanya sekadar biawak sesumpah sebab meniru pendekatan yang disarankan oleh MB Pahang sebelum ini.

Selain itu, si Hassanuddin yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS ini juga turut menyatakan bahawa jika ada sebarang provokasi, ianya bukan daripada PAS atau Pakatan Rakyat.

Pada hal, tak sampai sehari BN umumkan calon mereka, puak - puak Parti Angguk Saja ni dah mula menyerang peribadi calon, Ustaz Syed Ibrahim.

Mereka menabur fitnah dengan menyatakan bahawa Ustaz Syed Ibrahim ni tak habis tamat pengajiannya di Universiti Al - Azhar. Konon sijil yang diperolehi beliau tu dibeli.

Kalau bukan provokasi, apa pulak namanya tindakan mereka itu? Nampak sangat dah diorang cuba nak menipu rakyat. Itu pun diorang masih tak nak mengaku juga?

Dan seperti biasa isu tempatan seperti janji BN sebelum ini akan turut dijadikan bahan serangan mereka untuk menarik pengundi.

Ini satu lagi sifat retorik puak - puak Parti Angguk Saja ni. Bila tak buat, diorang beria bising kata janji tak tertunai.

Bila Barisan Nasional tunaikan dan berikan tuntutan yang dibuat, kata 'gula - gula' Pilihanraya kononnya. 

Nampak sangat diorang sengaja nak dipusing - pusingkan cerita. Tu semua taktik nak menipu rakyat je belaka. Ingat rakyat ni bodoh sangat gamaknya. Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping