Memang gila la si budak berkemban sekor ni. Gila kuasa, gila nama dan gila glamer. Tak kira dimana jugak dia berada, kegilaan tu akan dia bawa bersama.
Sebab ke'gila'an dia tu la, sampai orang lain semua diketepikan dan dipinggirkan begitu sahaja. Kalau dia berjanji pun, yang bukan - bukan.
Mana tak nya. Patut bagi la peluang pada Pengerusi PKR Negeri bagi ucapan. Ini tidak dia jugak yang nak bagi ucapan bagi pihak PKR. Mentang - mentang la si Fauzi tu pendek, dia buat tak nampak je.
Selepas sesi memperkenalkan calon PAS malam tadi, si Azmin ni turut diberi kesempatan berucap di Kompleks PAS Kerdau.
Kata dia, PKR memberi jaminan parti dan jentera mereka akan turun berkampung di Kerdau bagi membantu memenangkan calon PAS yang mewakili Pakatan Pembangkang.
Selain Azmin, pemimpin PKR lain yang turut hadir ialah Fuziah Salleh dan bekas Timbalan Presiden, Senator Dr. Syed Husin Ali.
Azmin juga turut membuat dakwaan bahawa tidak ada sebab Kerdau tidak boleh bertukar tangan dari UMNO kepada Pakatan Pembangkang.
Kononnya dia percaya pengundi Kerdau juga sudah bersedia untuk membawa perubahan. Yang tak boleh terima perubahannya ialah puak - puak PAS.
Sebab Mursyidul Am diorang dah kata, Politik Pembangunan ni Politik Jahiliyah. Jadi, kalau diorang nak berubah, diorang akan tergolong dalam masyarakat jahiliyah.
Manakala yang hadir mewakili DAP pula ialah Dr. Tan Seng Giaw. Tapi dia tak sempat la berucap sebab hujan lebat malam tadi.
Jadi timbul persoalan. Si Azmin ni kata PKR dan DAP akan turun berkampung di Kerdau. Tapi mana Pengerusi PKR dan DAP Negeri?
Mana pergi si Fauzi Pendek dan Leong Ngah Ngah? Diorang tak datang ke semalam? Ke diorang boikot kempen PRK di Kerdau ni?
Kalau tengok dalam gambar pun tak nampak pun batang hidung. Sejak dari mula sampai la hari ni, tak nampak lansung bayang dua orang Pengerusi tu.
Tak pasal - pasal je dalam hujan lebat semalam, orang yang datang kena kencing dek Azmin Ali. Bagi sokongan konon. Datang sesi memeperkenalkan calon pun tidak. Bagi sokongan menda jadahnya kalau macam tu. Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.